Wednesday, January 27, 2010

Sayang v/s Cemburu

Lelaki atau wanita : siapa lebih cemburu? Jika kamu lelaki, pasti kamu akan mengatakan bahawa wanita merupakan kaum yang paling kuat tahap cemburunya. Begitu juga sebaliknya jika kamu seorang wanita. Bukankah perasaan cemburu itu cuma satu ego dalam diri kamu? Dalam perhubungan tiada istilah siapa yang lebih atau kuat cemburu. Setiap manusia pasti mempunyai rasa cemburu, tapi biarlah cemburu itu berpada-pada, jangan terlalu cemburu sehingga pasangan kamu merasa bosan dan muak dengan sikap cemburu buta kamu itu. Tidak salah jika kamu mempunyai sedikit perasaan cemburu, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:


" Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.."_Hurairah Abu Daud_



Tips di bawah ini mungkin boleh membantu kamu membentuk sikap positif dalam diri kamu..rawatlah segara sifat cemburu kamu, sebelum ia membentuk kanser yang akhirnya membunuh hearty kamu sendiri



1. Hormati perasaan pasangan kamu.


Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita atau lelaki lain. Walaupun dia memuji lelaki atau wanita lain di hadapanmu, itu bukan bermakna pasangan kamu tidak menyayangi kamu. Itu merupakan naluri semulajadi pasangan kamu, dan itu mungkin tandanya pasangan kamu seorang yang normal..!!!

2. Bagi sedikit ruang pada diri kamu untuk mengatasinya.


Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat. Sebaliknya, cuba tenangkan hearty dan perasaan kamu, ingat setiap kelakuan manusia itu pasti ada sebabnye. Berbincanglah secara baek, kerana tolak ansur itu teramat penting dalam membina suatu perhubungan yang baek.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu.


Marah, sedih ataupun kecewa? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera. Cemburu datang dari sifat ragu-ragu dalam diri kamu sendiri. Tidak perlu menyalahkan pasangan kamu semata-semata kerana kadangkala kamu sendiri selalu membuatnya rasa cemburu.

4. Cuba fikirkan kenapa kamu berasa cemburu?


Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia mengukir senyum kepada orang lain. Bukankah senyum itu sedekah..? lebih baek dia senyum dari bermasam muka. Bukankah seronok jika ada yang memuji kekasih heartymu tampan dan cantik..sejuk mata memandang. Anggaplah senyuman yang diberi itu satu sedekah... dan pujian itu satu hadiah untuk kamu.



5. Keyakinan diri.


Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain. Tips yang kelima ini bukan mengajar kamu untuk menjadi seseorang yang curang, cuma kadangkala kamu mungkin berasa tidak selesa untuk berkongsi sesetengah perkara dengan pasangan kamu, lebih2 lagi jika kamu dengan pasangan kamu masih belum berumahtangga. Teman adalah orang yang terbaik untuk kamu meluahkan masalah kamu. Tapi harus diingat hubungan kamu dengan temanmu itu, biarlah berpada2 dan tidak terlalu melebih2. Berkasih biar satu...berkawan biar seribu.


6. Hargai pasangan kamu


Walaupun kadangkala kamu mentafsirkan cemburu itu tandanya sayang, tapi kadangkala " cemburu yang konon2nya tanda sayang " itu seringkali membuat hubungan kamu hancur. Tukarlah perasaan cemburu kamu itu dengan perasaan sayang dan perhargaan kamu pada si dia. InsyaAllah, bila sayang semakin bertambah, tahap kecemburuan itu pasti berkurangan.
____________________________


0 kata-kata chenta: