Aku sayang kamu...
mereka cakap aku tidak sempurna...
aku tidak tahu kenapa...
aku sama seperti mereka..
apa kurangnya aku?
aku punya mata..sama seperti mereka..
hidung..kaki..tangan..semua aku ada..
tapi kenapa mereka cakap aku tidak sempurna?
Aku sayang kamu..
Aku tahu aku tidak pandai seperti mereka..
tapi aku ada usaha...
sebab aku mahu lihat senyuman indah kamu..
dan kehangatan pelukan kamu..
aku akan menjaga kamu..
sebagaimana bintang menjaga bulan..
aku akan setia kepada kamu..
sebagaimana setianya bintang pada bulan..
aku akan temani kamu..
seperti bintang menemani bulan...
dan..
aku sayang kamu...
seperti sayangnya bintang pada bulan...
karya asal : Zuliana bt. Abbuas

0 kata-kata chenta:
Post a Comment