Salam..
Terdetik mahu menulis entri di pagi hari, syukur kerana saya masih diberi nikmat untuk melihat dunia hari ini..Al-hamdulillah..masih diberi dibenarkan bernafas di bumi Allah yang indah ini..Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”.
Terdetik mahu menulis entri di pagi hari, syukur kerana saya masih diberi nikmat untuk melihat dunia hari ini..Al-hamdulillah..masih diberi dibenarkan bernafas di bumi Allah yang indah ini..Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”.
(Surah al-Baqarah, ayat 237)
Kemaafan sememangnya dendam terindah, tidak kira ajaran apa sekalipun..kemaafan dan saling memaafkan adalah dituntut sesama manusia. Tapi bagaimana mahu memaafkan sekiranya hearty kita sendiri tidak pernah ikhlas dan redha mahu memaafkan? mulut melafazkan "ya..saya sudah lama memafkan kamu", sedangkan hearty? Siapa yang tahu tentang hearty kita? redha atau tidak, ikhlas atau tidak, semuanya bergantung pada hearty anda sendiri...tapi seboleh-bolehnya, biarlah tutur kata dan gerak hearty itu sepadan, seiring bagaikan irama dan lagu, bagaikan langit dengan bumi, juga bagaikan bintang dan bulan..hari ini kita memaafkan...mana tahu esok lusa kita meminta untuk dimaafkan.
Kita cuma manusia biasa, tidak terlepas dari membuat kesilapan, juga tidak luput dari dosa. Bagi yang meminta maaf pula, anda juga perlu ikhlaskan hearty anda..pohonlah kemaafan kerana anda benar-benar mahukan kemaafan, bukan kerana anda terdesak..bukan juga kerana anda mahu menjaga hearty orang lain..bukan jugak kerana anda mahukan sesuatu dari kemaafan itu.
Setiap hari adalah kemaafan.Jangan menunggu sehingga hari-hari tertentu untuk memohon maaf. Kerna kita sendiri tidak tahu panjang atau pendek umur kita. Mana tahu esok lusa kita dijemput Tuhan. Siapa yang tahu? Pohonlah kemaafan sebelum terlambat, walaupun terkadang manusia itu sukar untuk memaafkan, tetapi hearty manusia itu tersangat lembut sebenarnya...lambat laun hearty mereka akan terbuka jua..=)


0 kata-kata chenta:
Post a Comment