Salam..
Pertama kali menulis di blog yang baru, saya agak terasa kekok sedikit. Tapi tidak mengapa, permulaan yang baru, untuk sebuah blog yang baru. Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa delete blog yang lama sedangkan hampir setahun menjalankan dunia berblogging? Terlalu banyak sebab untuk saya ceritakan di sini. Mungkin bagi orang laen alah bisa tegal biasa, delete blog kemudian buat yang baru. Tapi bagi saya mendelete blog kesayangan hearty memang tersangat perit, apatah lagi blog itu sendiri terlalu banyak kenangan untuk saya, blog itu mengingatkan saya pada seorang yang saya masih cintai dan teramat saya sayangi..seseorang yang pernah berkongsi sayang dan kasihnya bersama saya dan sehingga kini hearty saya hanya untuknya..dan insyaALLAH akan kekal untuknya selamanya.
Akaun fesbuk saya juga telah tiada..ramai jugak yang bertanya kemana hilangnya ''chenta hearty nurihann " yang sememangnya hantu berfesbuk ini. Jangan risau, saya tidak hilang kemana, cuma buat beberapa ketika ini, saya perlukan sedikit ruang untuk bersendiri. InsyaALLAH saya akan kembali berfesbuk seperti dulu..tapi biarlah waktu dan ketika yang menentukan segalanya..
Kenapa saya tukar nombor telefon? sedangkan telah 4 tahun bersama nombor kesayangan hearty, ramai teman2 yang bertanya, tapi saya cuma boleh menjawab..''atas sebab2 peribadi", biarlah semuanya menjadi rahsia untuk saya buat tika ini kerana saya belum cukup cool dan kuat untuk bercerita kepada sesiapa..insyaALLAH...suatu hari nanti, jika diizinkan Tuhan..
Rasanya cukup di sini dahulu untuk saya memulakan kisah perjalanan hidup ''chenta hearty nurihann" yang sangat panjang, semoga saya masih diberikan kesempatan untuk berblogging lagi selepas ini dan berkongsi segala rasa dan memori dengan anda semua....ameen..=)

0 kata-kata chenta:
Post a Comment