Nak ulang sebut sekali lagi, syoknye habes exam..!! empat paper killer miller dah berjaya aku harungi..giler bangga walaupun jawapan hari tu macam maen tembak-tembak jer guna pistol air, ingatkan nak bawak sekali buah dadu, lambung-lambung, manalah tahu tiba-tiba lord denning muncul bagi idea..tapi sayang, lord denning dan segala lord yang ada memang tak muncul-muncul walaupun sampai dah melecet tangan aku menggosok lampu aladdin..!!
Macam biasa lah after exam kena lah bersuka ria, sebab tyme exam tak boleh nak bersuka ria, muka asyik berkerut macam orang dah pencen, ayam pencen pun segan nak tengok muka aku..!!Perkara pertama yang perlu dibuat selepas exam ialah main lompat-lompat rendah ala-ala katak puru, nak lompat tinggi-tinggi kaki pendek..! tapi tyme lompak tu jangan over pulak..hormatilah rakan-rakan lain yang masih berexam, gembira siket-siket dah mencukupi kan..he3
Perkara kedua kenalah pergi melantak, ratah dan telan segala yang ada. Buat macam setahun tak jumpa nasik, kalau rasa malu nak makan depan kawan-kawan, sebab nak cover muka kau yang tak berapa nak ayu tu, sila-sila bungkus makanan tu..boleh ratah kat bilik nanti, tapi kalau kau tengah on diet sekarang, jangan tolak bila kawan nak belanja..terima jer, kalau tak nak makan..bolehlah antar siket kat sini, nak antar guna pos laju pun boleh.
Dan untuk perkara-perkara yang ketiga dan seterusnya...boleh lah buat apa yang dirasakan patut, nak jerit kuat-kuat depan roller coaster ke? nak pergi mengurat amoi depan block ke? atau nak buat marathon tengok movie..semuanya adalah dibenarkan..tapi jangan lupa doa banyak-banyak kat Tuhan..moga-moga dapat result yang cemerlang nanti..=)
Silalah view random pic dekat bawah nie,kalau rajen lah, kalau malas boleh skip terus..aktivit-aktiviti yang aku buat after exam..hanya sebahagian aktiviti sahaja..yang merapu-rapu aku tak upload, nanti kena kutuk naya jerk...:p
makan kenny rogers bersama yaya,akhmar dan jugak kak hana,aktiviti melepaskan perasaan dengan menggigit dan meratah segala isi ayam yang ada, seronok..!! sebab semua free..!! tanpa bayaran, cuma kena sediakan perut kosong yang tengah berdondang sayang. BLURPP...!! kenyang..!!
Tengok clash of the titans dengan sue, dah sebulan movie nie dekat pawagam, baru aku terhegeh-hegeh nak pergi tengok, tapi tak rugi rm20 sebab citer yang boleh tahan best. Movie yang berkisarkan penentangan manusia terhadap Tuhan Zeus dan Habes.Tapi ending yang tak berapa nak memuaskan. Harap-harap ada clash of the titans yang kedua.
=)


0 kata-kata chenta:
Post a Comment