Kebenaran memang terlalu pahit untuk diceritakan..apatah lagi untuk dikhabarkan pada umum...tapi andainya diam itu bukan lagi yang terbaek..dan bercakap itu tidak lagi menjadi haruman kasturi..biarlah titik persoalannya berakhir di sini..berfikir sejenak sebelum aku mencoretkan yang ini..ingin sekali aku meluahkan apa yang terbuku dihearty,apa yang dikesalkan dijiwa..tapi apa yang diharapkan..bukanlah semudah yang disangka...
Aku menulis disini bukan untuk mencari publisiti murahan, jauh sekali untuk meminta simpati, aku tidak perlukan itu semua..aku disini bukan kerana dia dan aku berdiri disini juga bukan kerana kamu…aku berdiri disini kerana aku ialah Chenta Hearty…seorang perempuan yang hatinya pernah tercalar pedih kerana egonya seorang sang pencinta…
Aku kenalkan dia sebagai “A”, seorang yang pernah aku cintai dulu,dan mungkin untuk selamanya…hubungan kami hanya bertahan selama 9 bulan 10 hari…seperti satu tempoh yang agak panjang, tapi ia seakan sebentar cuma bagiku..Tuhan meminjamnya untuk aku mengenal apa itu cinta…dan perpisahan itu menyedarkan aku bahawa..cinta bukan semudah “I LOVE U”..mengingatkan aku bahawa pengakhiran kepada kegembiraan itu tidak semestinya sebuah kebahagiaan
Kisah cinta aku dan “A’’ biarlah kusimpannya sebagai pengalaman dalam hidup, terlalu sukar mahu membuang semua tentangnya dalam masa yang singkat, sejauh mana aku pergi dan sejauh mana kaki ini cuba berlari, dia tetap sebahagian silamku…lipatan diari sejarah hidupku yang akan kukenang sampai ke akhir hayatku..aku sedar aku tidak boleh terus hidup dalam kenangan yang semakin hari semakin melukakan hatiku…dan aku harus pergi dari semua ini…

0 kata-kata chenta:
Post a Comment