aku masih rasional
seutuh spiritualku
jika nista yang kau hamburkan
maka senyuman sebagai hadiahnya
dan jika kau berikan racun untukku
akanku berikan madu sebagai balasan
masih ada terima kasih dihujung suara hati
kerana kita pernah berkongsi tentang sesuatu
tapi apalah dayaku
jika kau mahu yang begitu
aku bukan Maha Agung yang mampu merubah segalanya
rekalah sejuta kepuraan yang kau mahu
hebahkanlah segala kepalsuan akalmu
aku tidak kisah
berapa banyak prejudis yang kau ciptakan
aku masih eclaz untuk memaafkanmu
tapi hanya satu pintaku
jika telingamu maseh belum tuli untuk mendengarnya
dan matamu maseh belum buta untuk membacanya
aku mohon..
hentikanlah kedajalan akalmu
juga sudah-sudahlah menjadi badut di matamu sendiri
kerana kau sendiri tahu
aku tidak akan atau tega melayan insan dungu seperti kamu...!
p/s: maaf jika aku terlebih kasar hari ini
0 kata-kata chenta:
Post a Comment