Berapa banyak kata maaf sekalipun,
Belum tentu mampu menggantikan apa yang tertinggal.
Belum tentu dapat mengingat apa yang terlupa
sesungguhnya semalam takkan menjadi hari ini
Dan esok pula belum tentu datang untuk hari ini..
Aku tahu kamu bukan Tuhan
Aku juga tahu kamu bukan Nabi atau rasul
Aku tahu kamu cuma manusia
selalu terkhilaf dan terleka...
Duhai manusia
Berjanjilah jika kamu yakin mampu untuk itu
Tapi berdoalah jika kamu sendiri belum pasti...
Kerana Tuhan itu selalu ada untuk kamu
Bukan jauh, tetapi sentiasa dekat dihati kamu....
" jika janji itu seperti bunga
cuba kamu hitung
berapa banyak janji
yang kamu telah biarkan layu?"
0 kata-kata chenta:
Post a Comment