Wednesday, February 23, 2011

♥ Status: Jangan sampai ada yang terluka ♥

Aku semakin berisi tak hengat dunia..

Bahagia jer nampak?

Tengah dilamun cinta ke?

Bila bercerita tentang status , secara sengaja ingatan aku kembali waktu zaman aku couple dengan Mr.A dulu. Seingat aku, waktu tu umur aku baru nak mencecah angka 21 tahun. Masa tu zaman muda remaja lagi. Baru first year lagi kat ukm. Masih manis-manis jambu batu.

Nak dijadikan cerita, sebelum aku couple dengan Mr. A tu, aku dah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki. Aku letak nama samaran dia Mr. S. Aku dengan Mr.S couple tak lama pun, dalam 3 bulan kalau tak silap, express couple namanya. Dua bulan lepas aku putus dengan Mr.S aku start lah couple dengan Mr. A.

Oleh kerana terlalu excited dengan kisah cinta aku dengan Mr.A. Semua status aku dengan alam maya, aku nak tukar. Aku letak status married terus. Perasan dah Mr.A jodoh sampai syurga aku. Memang tak hengat lansung time tu. Ingat nak seronok jer. dekat Ym pun aku letak gambar Mr.A. Dan paling mengharukan ex-bf aku kan ada connection dengan account alam maya aku...bayangkanlah perasaan dia masa tu..mesti kecewa kan? Aku memang tak pernah fikir langsung pasal perasaan dia, siap aku mainkan lagu 6ixth Sense_tak bisa memilihmu, kononnya nak buat dia jelez yang aku dah ada buah hati yang lebih hebat dari dia..Setiap hari aku edit status aku, letak perkataan sayangmayang bagai, rinduwindu...cintaminta, kasihmasih, senang cerita, apa saja yang berkenaan relation aku dengan Mr.A, aku nak semua orang tahu termasuklah Mr.S.

Bila fikir balik pasal semua tu, aku rasa memang tak patut untuk lukakan hati orang lain. Walaupun sememangnya benda baik tak patut nak disorok, tapi biarlah berpada-pada. Kadangkala, sebab terlalu obses, kita tak sedar secara diamnya banyak hati yang telah terluka. Dan bila aku mengalami sendiri peristiwa ketiadaan jodoh dengan Mr.A, baru aku sedar betapa pentingnya untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

Belajarlah untuk menghormati orang lain, sebelum kita meminta untuk dihormati...=)

1 kata-kata chenta:

wahida said...

betul tu...
waspadalah dgn setiap apa yg kita lakukan...