Wednesday, February 9, 2011

♥ Terhina ♥

Terhina dan dihina?

Masih rasa rendah diri walaupun dah pakai kasut tumit 7 inci?

Setiap orang tentunya mempunyai pengalaman yang berbeza dalam melayari bahtera hidup. Pahit atau manis, masin atau tawar semuanya menjadi perencah yang amat berguna untuk hari esok. Bila berbicara tentang  hidup, pernah tak korang rasa terlalu rendah diri, malu nak berdepan dengan orang lain sebab rasa diri tidak sempurna? Jadi usikan teman-teman sebab masih single walaupun umur dah 24 tahun macam aku? selalu hanya jadi kru kat belakang tabir dalam sesuatu majlis sebab dikatakan tak cukup cantik untuk duduk depan pentas? dan macam- macam lagi...

Pernah tak korang mengalami situasi macam yang aku sebut di atas?

Kalau pernah, apa yang korang buat untuk kembalikan semula keyakinan korang yang telah hilang tu?

Mungkin bercakap pada dasarnya agak mudah. Selagi kita tidak mengalaminya sendiri, memang tak terasa, tapi kalau dah terkena batang hidung sendiri..hah amik ko!!!

Bercakap berdasarkan pengalaman, aku pun pernah mengalami situasi di atas. Dulu zaman sekolah, aku memang terkenal dengan jolokan minah speky. Yela cermin mata yang aku pakai time sekolah dulu memang giler bapak besar. Mana reti nak berfesyen lagi time tu. Dan nak dijadikan cerita, aku adalah minat kat seorang budak lelaki yang baru pindah kat sekolah aku. Boleh lah tahan hensem, cinta pandang pertama tu...

Aku selalu dok perhati budak lelaki tu, dari dalam kelas, waktu kat kantin sekolah sampai kat dalam bas pun aku intai.Tapi dalam tandas, taklah aku intai. Mana boleh buat benda macam tu. Karang juling mata kau sebelah baru tahu. Tapi entah macam mana tengah aku syok usha dia, boleh terkantoi pulak.Tetiba rasa kembang kempis lah hidung, sebab ingatkan dapat green light. Mana tak bangganya, budak gemuk dan speky yang tak cantik nie pun boleh tarik perhatian orang lain.

Rupa-rupanya bunga-bunga cinta yang aku harapkan tu, tak menjadi lah nak kembang pulak. Malah makin gugur layu. Sedihnya. Tapi part yang tu aku boleh control lagi. Cuma yang paling tak tahan bila satu batch form 4 tu tahu perasaan aku pada budak lelaki tu. Tak tahu la siapa yang jadi mami jarum sebarkan cerita masa tu Seriously, aku malu giler babe, Tak tahu lah nak sorok muka kat mana. Macam tak nak pergi sekolah pun ada. Dan paling teruk bila, setiap kali aku lalu depan geng budak lelaki tu...hampeh betol..memang selalu kena boooooooooooo....!!! Siap kena kutuk lagi. Macam-macam diorang cakap, tapi aku buat dek jer la, even aku rasa macam nak pindah sekolah sangat-sangat.

Peristiwa kutuk-mengutuk tu berlarutan hampir setahun, sehinggalah aku ke form 5. Dan paling mengejutkan ada satu peristiwa yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Antara aku dan budak lelaki tu, berlaku satu peristiwa yang tak terduga sewaktu camping dekat UTM Skudai. Yang pastinya sekurang-kurangnya antara aku dan dia punya satu kenangan manis yang akan kekal dalam kotak ingatan aku. 

Walaupun dah hampir tujuh tahun berlalu dan alhamdulillah, aku masih boleh bertegur sapa dengan budak lelaki tu, datang rumah time raya, comment kat fesbuk, follow-follow dekat belog...walaupun dulu sebenarnya...aku sangat berkecil hati dengan dia..

Mungkin pengalaman yang aku lalui tak terlalu teruk seprtimana yang korang pernah lalui. Aku pernah dikata bodoh, tak layak untuk jadi lawyer, gemuk,tak cantik dan perkataan "perempuan sial", "babi", "perempuan tak sedar diri". Semuanya aku terima dengan redha, tak perlu nak down untuk benda-benda yang sebegitu. Sebab bagi aku, kalau sudah namanya manusia, sememangnya akan ada cacat celanya.

Jika manusia itu sempurna, maka takkan ada yang bodoh dan pandai, takkan ada yang canitk dan hodoh, takkan ada yang gemuk dan kurus, takkan ada yang putih dan hitam, takkan ada yang bisu dan pekak, dan tak ada jugak lelaki dan perempuan. Sebab setiap kejadian itu ada hikmahnya, kerana Tuhan mahu kita saling melegkapi untuk menjadikan ia sempurna..=)

Manusia diberikan mulut untuk berkata-kata
Diberikan akal untuk berfikir..
Diberikan keistimewaan untuk menghargai..
Kerana manusia itu sebaik-baik ciptaan Tuhan..

8 kata-kata chenta:

wahida said...

ko kena lahar ngan kata2 kesat sampai mcm tu sekali? sian kat ko...sabar ye..tapi nampak sekali ko mmg matang...lupakan yg lalu, biar Allah saja yg balas...

Miss Ika said...

weh, cepat cakap sape budak laki tu hah! ni yg nk marah ni.
setau aku bdk tu budak class kite, yg aku tahu la.
tp tu pun ko yg sendiri bgtau masa form 5 kn. hahaha

aku baru nk rahsia dgn ko
dh dekat2 baru aku bgtau
tp entri ni terpanggil untuk aku ckp sekarang. haha

nk tauhu ape?
ko kena jd pengapit masa aku kawen ok.
tak kira. =p

mood: memaksa

shueqi_Sue said...

aq tau saper..hahaha..brg yg lepas jgn dikenang..

Dayang said...

kadang2 , those perlian or hinaan tu kadang2 bwt kite brave, strong and patient kann... teeeheeee ;PP

chenta hearty said...

wahida: yup, walau apapun yg berlaku, kita tak boleh cepat melatah

miss ika: pengapit belah tawfik plak mesti bakal suami aku taw..:p

shueqi_sue: tapi aku rasa dia mcm dah single skrg..he3
>,<

dayang:=p

Miss Ika said...

aku lagi suka kalau pengapit belah laki tu future ko.
ko dh ada kan? cehh. itu pun nk rahsia ke.

chenta hearty said...

nak langkah bendul ko..
>,<

aLya maNip said...

pengalaman mendewasakan kita...jadikan kita lebih matang dan kuat :)