Sunday, November 8, 2009

Entri Cokelat Lagi

entah kenape sejak 2 tiga menjak nie ak rajin sangat menulis en3 pasal makanan..semalam ak citer psal kopok lekor yg sgt sedap 2.n utk hari nie aku nak citer pasal cokelat pulak.makanan faveret ak sejak dari keciks-keciks sampai lorr dah besor gajah cam nie.still mengidam nak makan cokelat.cokelat dan cokelat.kalau boleh setiap hari cokelat mesti ada di sisi.kire2 cokelat nie dah jadik cam kembor aku lar.Kembor tak seira, tapi sejiwa dan sehearty.

" cokelat yang sedap..nyum3 "

okei..firsty kiter start pasal asal-usul cokelat dan jugak sejarah cokelat.

Koko sangat penting dalam kebudayaan Meso-Amerika pada zaman dahulu, iaitu bagi suku Maya, Toltec dan Aztec. Mereka memanfaatkan biji koko sebagai matawang di semua wilayah itu. Suku Maya dari Guatemala utara mengambil istilah koko dari bangsa Olmec. Dianggarkan amalan meminum coklat dalam suku Maya bermula sekitar tahun 450 masihi hingga 500 masihi. Kononnya, penggunaan coklat dianggap sebagai simbol status penting pada masa itu. Suku Maya mengambil coklat dalam bentuk cairan berbuih yang ditabur lada merah, vanila atau rempah ratus.

Ketika tamadun Maya runtuh (sekitar tahun 900) dan digantikan oleh bangsa Toltec, biji koko menjadi komoditi utama Meso-Amerika. Pada masa Kerajaan Aztec berkuasa (hingga sekitar tahun 1500 SM) daerah yang meliputi Bandar Mexico kini dikenali sebagai daerah Meso-Amerika yang paling kaya dengan biji koko. Bagi suku Aztec, biji koko merupakan “makanan para dewa” (theobroma, dalam bahasa Yunani).

Biasanya, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai matawang, dan sebagai hadiah. Orang Aztec mengubah biji koko dan mencampurnya dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolatl. Menurut mereka, minuman ini perlu diambil setiap hari, walaupun tanpa apa-apa sebab penting. Coklat juga menjadi simbol kemakmuran. Ketika tahun 1544 masihi, rombongan Maya dari Guatemala yang mengunjungi istana Sepanyol membawa hadiah, antaranya minuman cokelat.

Orang asli Meso-Amerika mengambil coklat dalam bentuk cairan. Biji coklat diperamkan , lalu dikeringkan, dipanggang, dan digiling dengan batu khas. Hasilnya, serbuk coklat yang jika ditambah dengan bahan lain, seperti lada merah, menjadi minuman yang sangat digemari ketika itu.

Cara menyajikannya juga tidak sebarangan. Dengan memegang bekas setinggi dada dan menuangkannya ke dalam bekas, penyedia akan dapat membuat buih tebal, bahagian yang membuatkan minuman itu begitu bernilai. Buih ini sebenarnya dihasilkan oleh lemak koko (cocoa butter) tetapi kadang-kala turut ditambah buih tambahan. Orang Meso-Amerika memiliki amalan penting meminum dan memakan bubur yang mengandung coklat.

Di awal abad ke-17, coklat menjadi minuman penyegar yang digemari di istana Sepanyol. Sepanjang abad itu, coklat tersebar antara kaum bangsawan Eropah , kemudian melalui proses yang adil yang menjadikan harganya menjadi murah, dan pada akhir abad itu menjadi minuman yang dinikmati oleh kelas pertengahan seperti pedagang. Kira-kira 100 tahun selepas kedatangan koko di Eropah, coklat amat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” untuk menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilham dari rumah kopi). Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.

Semua coklat Eropah diambil sebagai minuman hinggalah pada 1847 apabila mula wujudnya coklat pejal. Orang Eropah membuang hampir semua rempah-rempah asal yang ditambahkan oleh orang Meso-Amerika, tetapi mengekalkan vanila . Mereka juga menggantikan dengan banyak ramuan lain untuk menyesuaikan coklat dengan selera mereka sendiri. Bermula dari resepi khusus yang memerlukan ambergris , zat warna keunguan berlilin yang di ambil dari usus ikan paus, hingga bahan lebih umum seperti kayu manis atau cengkih . Namun, yang paling sering ditambahkan adalah gula . Sebenarnya, coklat Meso-Amerika kelihatan tidak dibuat manis.

Coklat Eropah pada awalnya disediakan dengan cara yang sama dengan yang digunakan suku Maya dan Aztec. Malah hingga kini, kaedah yang digunakan Meso-Amerika kuno masih dipertahankan, tetapi dalam mesin industri. Biji koko masih diperamkan, dikeringkan, dipanggang, dan digiling. Namun, beberapa teknik lebih rumit turut ditambah. Serbuk coklat diemulsikan dengan kalium atau natrium karbonat agar lebih mudah bercampur dengan air (dutched, kaedah pengemulsian ditemui orang Belanda), lemaknya dikurangkan dengan membuang banyak lemak koko (defatted), digiling sebagai cairan dalam bekas khusus (conched), atau dicampur dengan susu sehingga menjadi cokelat.


" cokelat jugak boleh dianggap sebagai resepi pengikat qaseh yang paling baek..lebih hebat dari segunung emas mahupun selautan permata"

Then apa kebaikan cokelat kepada manusia cam kiter nie..

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.

Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.

Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.


" i love dis pic..cokelat dalam bentuk bunge ros..sangat cantekss dan memikat heartyku "

Okei..secara kesimpulannya cokelat amat baek untuk kesihatan.sape-sape yang tak berapa nak suke makan cokelat before nie..jinak-jinakkan ler diri anda ngan cokelat.nak-nak time exam week macam nie.cokelat memang elok untuk digigit dan diratah sepuas-puasnya..boleh bantu kurangkan tensi dalam kepala otaks..he3..so,jangan takut untuk makan cokelat okeis..cokelat tak boleh buat orang gemuk..sebagai buktinya..lihat ler..diriku ini still mantain comey..walaupun aku nie hantu cokelat nombor satu kat dunia..he3..hepy makan cokelat korang...!!!

penghargaan:http://sharifahelzahrah.tripod.com


~ WiF LuVe ~

^_^
Friendster Comment Graphics


0 kata-kata chenta: