Saturday, August 14, 2010

Aku Terlalu Emosi Hari Ini

Hari ini rasanya tersangat emosi tentang sesuatu, habes semua message dalam inbox, sent message dan save message dahku delete...termasuklah yang ada dalam draft message...+ aku telah pun mendelete no. telefon mereka yang tak berkenaan, tapi rasa macam nak format hadphone terus, tapi sayang sangat sebab dekat dalam handphone tu ada lagi banyak things yang lebih berharga dari mereka-mereka yang berkenaan..

Maaf kalau aku kejam pada mereka-mereka, tapi keadaan yang memaksa aku untuk buat  macam tu...penat kalau asyik ada orang nak jadi stalker dalam hidup aku.. hidup memang tak aman, aishh berhentilah memfollow hidupku, aku bukan angelina jolie ataupun siti nurhaliza, aku tak seglamer dan popular macam mereka yang kau nak sangat intip dan terjah..kalau nak sangat jadi macam nas ahmad dalam rancangan melodi tu...aku izinkan, tapi tak perlu jadikan aku as mangsa kau..

Konklusinya, aku dah penat untuk menjawab itu dan ini dari mereka-meraka, berapa gunung fitnah dan cerita yang kau nak create pasal aku, just go on...aku tak kisah, sebab itu hak kau..tapi tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi..dan tak perlu berpura-pura untuk menjadi teman yang baik...sedangkan temanya tidak begitu..aku hanya mahu hidup dengan tenang...dan tolonglah kiranya kau sudi untuk memberiku peluang untuk itu...

 aku bukan sekuat yang kamu sangka, kerana dari segi lahiriahnya aku juga manusia yang mempunyai emosi seperti kamu

0 kata-kata chenta: