Showing posts with label tentang chenta. Show all posts
Showing posts with label tentang chenta. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

♥ aku terima kasihnya dia ♥

  "yaya...hann thanks tau ajar convey melekat betol kat kepala.
   Naseb baek buat revision hari tu. 
   Sayang korang. Sorry tetiba mood touching"

Terharu atas ucapan terima kasih itu. 
   Walau mungkin ia cuma 1 sen pada mata kamu
   Aku masih tetap bangga untuk menerimanya
   Secebis cuma setiap terima kasih itu
   Terkadang membuatkan hati duka jadi ria
   Yang sedih jadi gembira
   Yang lena jadi terjaga
   Yang lupa jadi pengingat
   Yang pekak jadi dengar
   Yang bisu jadi petah
   dan pastinya
   Yang cinta jadi bertambah kasih

Jika hari ini terima kasih itu untuk dia
   Esokesoknya terima kasih itu pastinya untuk kamu.

--------------.>,<.----------------------------------

aku hanya ingin cinta yang halal
   di mata dunia juga akhirat
   dengan dia
   tentu atas izinNya


   >,<

Sunday, October 31, 2010

♥ owh bulan ♥

♥ Fakta atau Auta 

"bila cik dan encek anonymous yang pemalu 
mula berkata-kata"


Anonymous:
kau tak rase ke kau nie ketot macam bongsai?

♥ chenta hearty:

ramai sangat yang cakap macam tu
sampai kadang-kadang aku rasa bangga pun ada
yer la, bongsai dah la mahal
boleh sampai ribuan ringgit lagi
kira aku nie ada "market" la kan
bangganya!



Anonymous:
kau tak kisah ke tak ada bf? macam tak laku jer

♥ chenta hearty :
bf = best fren
aku ada 5 orang bestfren
semuanya cute dan comel macam aku jugak

bf = boyfren a.k.a  teman lelaki
dah macam ramai sangat jer aku ada
kawan lelaki masa sekolah rendah campur sekolah menengah campur kat uni,
eh dah macam lebih seribu jer
tolong kirakan untuk aku boleh tak?
jari tak cukup

hehe



Anonymous:
Aku malulah ada kawan macam kau

♥ chenta hearty: 
ada aku paksa kau kawan dengan aku ke?
lagipun kau sendiri yang guna words kawan tu
nampak terang dan bersuluh
kau yang declare diri kau as kawan aku
so, janganlah banyak complain okeh?



Anonymous:
kau ni tak cantik mana pun aku tengok

♥ chenta hearty: 
maybe lah kot
sebab mata kau tu mempunyai pandangan yang cemburu
cuba kau pakai cermin mata keikhlasan
mesti kau boleh nampak aku macam bulan dipanggar bintang

hehe




♥ quote: 

" it is hard to fail
but it is worse 
never to have tried to succeed "


>,<

Saturday, October 30, 2010

♥ you are mine ♥

chenta hearty di tag
thanx untuk blogger comel cik
 fara murni 

tag:

"once you have been tagged, 
you are supposed to write a with 25 random things, 
facts or goal about you.
 At the end, choose 25 people to be tagged.
 You have to tagged the person who tagged you.
 If i tagged you, its because i want to know more about you"

♥ and the answer is: 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
no. 1 --------------> no. 25

chenta hearty comel, comel dan comel lagi..

sila ulang sehingga 25 kali

25 x 3

75 orang sedang kata chenta hearty comel


hehe






what makes us different
makes us closer
makes us special
make us
" us"

>,<


P/s: kepada siapa-siapa yang sudi silalah jawab tag nie yer..

Thursday, October 7, 2010

♥ selamat datang dua puluh tiga ♥



"Selamat mendewasa dan bertuatuaan.."
~ shafikah salim ~ 




"hey gadis 23...selamat menjalani hari 23 kamu dengan bahagia sekali.."
~ Eiyma ~


"selamat hari lahir hann..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki"
~ Suriya Sue ~



" to my lovely sayang...selamat hari lahir buat kamu, semoga kamu dirahmati Allah dan bahagia hingga ke syurga.."
~ Andik Munirah ~




Tidak termampu aku untuk membalas semuanya
kamu, kamu dan kamu tetap yang terbaek antara semua
terima kasih untuk semalam yang paling terbaik untukku
andainya aku pergi esok
aku tidak akan pernah menyesal kerana punya kamu semua

selamat datang dua puluh tiga
selamat tinggal dua puluh dua
moga esok bukan sahaja tiga sinarnya
tapi biarlah empat lima enam dan tujuh

terima kasih untuk doa kalian...



dan
pada mereka-mereka yang mengingatkan tentang kedatangan setahun lagi
terima kasih semuanya
moga tahun hadapan
masih ada lagi siulan dan bisikan itu..
ameeen...
>.<

Wednesday, September 22, 2010

♥ black and white ♥


Last Tuesday my frens and i when to "kompleks mahkamah kuala lumpur". I was there for the first time, agak teruja, walaupun terpaksa bangun seawal 5.30 pagi untuk meloloskan diri dari kesesakkan, demi assignment ethics kami rela berkorban segalanya..ponteng kelas satu hari weyhhh...warghh, baru terasa, betapa sangat terbestnyer memontengkan diri dari kelas..hik3 




Pintu masuk ke lobi utama, Kami sampai ke kompleks mahkamah around 8.00 a.m, sama waktu untuk kami ke kelas hari itu.., untung sabut timbul, untung batu tenggelam,kami sangat bernaseb baek pada hari tersebut kerana, perbicaraan kes anwar ibrahim yang sepatutnya diadakan pada hari semalamnya, di tunda pada hari itu, sangat bertuahkan dapat tengok perbicaraan kes berprofile tinggi secara live, siap dapat snap pic and bersalaman dengan datin seri wan azizah lagik, rasa agak teruja, sebab first time tengok mereka-mereka secara live, selalu tengok kat tv jer, but now dengan dua bijik mata yang sepet nie akhirnya dapat jugak tengok mantan TPM tu secara live...






Disebabkan kes anwar ibrahim adalah kes berfofile tinggi, pas khas diperlukan untuk ke dalam kamar bicara, pas pulak limited, sekali lagi kami sangat bertuah...tak sia-sia walaupun kami dapat tajuk assignment yang agak susah untuk subjek ethics




I with my partners & anwar ibrahim's lawyer, Sankaran A.Nair, sekali lagi tema black and white diperlukan di sini, beliau sangat mesra and siap bagi kami name card lagik...dan paling best beliau offer kami untuk chambering di firm beliau...boleh cuba naseb nie..he3




 erm..anwar ibrahim dikerumuni media yang sangat obses untuk dapatkan news, ramai yang tak dapat masuk sebab tempat yang terlalu limited..terpaksalah tunggu di luar kamar bicara untuk dapatkan news




Owh i really love this pic!Bergambar dengan defendant's counsel yang sangat hensem, pic anak tangga nie, di snap oleh akhmar, cantik sangat, even i lah manusia terpendek di situ! sangat menyesal tak pakai kasut tumit 3 inci..hu3
[my frens cakap muka dia macam si hero kacak fahrin ahmad]




dalam perjalanan pulang kami bertemu dengan en.lotus, tapi bukan bunga lotus okeh...




kami sedang mengejar kereta berwarna oren itu...speed...speed...jangan speed trap sudah




akhirnya kami dapat tangkap kereta oren itu...maknanya kereta satria GTi kami lagi power kan?percaya tak..?ermm..tak perlulah percaya kot, sah-sah memang pembohong, sebenarnya pemilik kereta oren tu yang perlahankan kereta beliau, supaya kami dapat snap pic kereta beliau...sangat baek hearty bukan? i rase beliau pun giler glamer macam i jugak..yang suka letak gambar sendirik banyak-banyak dalam belog..he3, terima kaseh untuk pemilik kereta oren..=)


p/s: ada beberapa pic canteks yang tidak dapat diupload disini, demi menjaga kepentingan umum,cukuplah sekadar ia dijadikan koleksi peribadi kami..=)

Friday, September 3, 2010

♥ Opppss...Saya Bukan Tiang Elektrik Yer..! ♥



sila amek sedikit masa untuk lihat pic di bawah



you all kejam lah...!
ada nampak macam tiang elektrik ke?

needs someone help..
tips untuk naek kan berat badan?

<
>
<
;
;

^_^


Monday, August 30, 2010

♥ Takutnya Mahu Bermimpi ♥

I tak tahu la, ini anugerah yang Tuhan bagi dekat i or cuma satu kebetulan, sejak bulan Ramadhan nie, apa yang i mimpi akan diterjemahkan dalam alam realiti, means apa yang ada dalam mimpi i tu akan jadi kenyataan...macam semalam, i mimpi tentang seseorang dan hari nie, when i read blog dia, seriously apa yang i mimpi tu sama macam yang dia cerita dalam blog...100% sama...ya Allah!

Dua tiga kali, i baca entri yang sama, i gosok-gosok mata i, tampar muka i banyak-banyak kali, memang giler sakit, i  tak bermimpi tapi itulah kenyataannya...okeh, kalau mimpi tu baek, it's ok lah untuk jadi kenyataan kan, tapi macam mana kalau mimpi tu buruk..?how..patut ker i bagithu si empunya diri or just simpan sendiri..sebab i sendiri  tak sure benda tu betul or tak?

Sekarang nie, i takut sangat  nak tido...takut sangat nak bermimpi..takut sangat kalau mimpi tu jadik kenyataan. Dulu waktu i tengok drama illusi yang kat tv3 tu, i macam tak percaya jer, mana ada orang yang ada kebolehan luar biasa macam watak lakonan Diana Rafar tu, tapi hari nie baru i tersedar, kalau Tuhan nak bagi sesuatu...dia akan bagi dan kalau Tuhan nak tarik sesuatu, bila-bila masa jer Dia boleh amik semula...

Setakat nie, biarlah apa-apa yang i mimpi and mimpi tersebut telah pun jadi kenyataan, biarlah i seorang jer yang tahu...kalau ada rezeki satu hari i akan cerita semuanya, tapi buat masa nie, biarlah semuanya jadi rahsia dulu..i akan simpan selagi i mampu, macam i menjaga rahsia orang laen jugak kan...keep it as a secret, omputeh kate..he3..=)



alangkah indahnya tidur i tanpa diulit mimipi




Monday, August 23, 2010

♥ 13 Ramadhan ♥

Tadi mimpi arwah nenek, serius rindu kat dia, rindu sangat-sangat, syukurlah Tuhan bagi mimpi jumpa arwah nenek tadi...Ramadhan datang lagi, teringat 6 tahun lepas, arwah nenek dijemput illahi tanggal 5 october 2004, 2 hari sebelum besday aku dan seminggu sebelum Ramadhan..

Dan sebelum bangun sahur tadi aku mimpikan dia, walaupun cuma dalam mimpi, tapi rasa macam betol-betol aku jumpa arwah nenek tadi, 

rindu nak jumpa dia lagi
rindu nak makan bahulu kerang nenek
rindu nak makan sup ayam nenek buat
rindu nak tido kat rumah nenek
rindu nak pasang pelita dengan nenek
rindu semuanya

Bila teringat balik, air mata aku dah berjuntai-juntai keluar, paling sedih, tak dapat tengok jenazah arwah untuk kali yang terakhir..aku tengah percubaan SPM time tu, my parents balik kg tak bagithu pun, giler sedih, balik-balik sekolah..akak cakap arwah dah  tak ada..padahal seminggu sebelum tu..time kat hospital..arwah masih ok..sihat and senyum-senyum lagi,,.muka dia nampak ceria...macam tak ada apa-apa pun..but tak tahu pulak, dalam ceria tu..rupanya arwah akan pergi tinggalkan kami semua..

Semuanya dah berlalu..
dan masa tak akan berputar kembali..
hanya doa yang terbaek untuk arwah
dan moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..
ameen..

P/s: boleh ker nangis time tengah pose?  arwah selalu cakap, "batal pose nanti"..smpy sekarang pun aku cakap macam tu kat anak-anak sedara aku...kenangan..kenangan..sedey...~~~


Thursday, August 19, 2010

Duniaku Kini

Sudah hampir seminggu tidak menjengukkan kepala di belog sendiri, rindu sangat, tapi sudah ketentuan, kebusyan di final year menyebabkan aku terpaksa menyimpan rindu dendam dengan belog ini selama beberapa hari..al-hamdulillah, akhirnya kerinduan terlerai jua hari ini...=)

Tidak banyak yang berlaku sepanjang minggu ini, cuma kebusyan di firm Juatittia & Partners, telah membataskan segalanya, start 8 pagi hingga 6 petang rutin harian wajibku adalah berkepit dengan firm...seperti biasa hari isnin yang indah, kami akan dapat kes baru, selepas arahan diterima...para-para sakura partners akan mula bergerak, di sinilah kerja secara berkumpulan akan bermula, seronok berkerja bersama, kepenatan memang sangat terasa, tapi itulah lumrah, banyak yang perlu dikorban demi segunung cita dan harapan..."peguam dalam pembikinan"...insyaAllah..

Lega sedikit, hari ini semuanya telah berjaya diselesaikan, esok segala dokumen akan dihantar ke chambers..kerisauan dalam seminggu ini sudah berjaya di tempuhi...moga hari yang mendatang juga begitu...harapan moga perbicaraan kes akan berjalan dengan lancar nanti..=)





 summons, document, affidavit, ekshibit, SOC, SOD & etc



cases

kes yang perlu dibaca setiap hari isnin..sangat berlambak, macam pasar lambak dekat tempat aku di Johor, nie baru hari isnin, belum selasa, rabu, khamis dan seterusnya.. macam-macam juadah ada dalam kes nie, bazar Ramadhan pun belum tentu boleh challenge...well, aku rasa sekarang nie, aku macam sudah tidak mempunyai hari weekend..dan yang paling kesian, boyfren aku lah, selalu ternganga time hari minggu, tengok movie dan berwindow shopping sendirian...pasti kecewa bukan, kesian untuk sidia...aku tumpang sedih untuk situasi ini, tapi itu semua dugaan, sabar yer sayang...tak lama lagi dah..!! he3...[ ambil perhatian disini..itu hanya ilustrasi sahaja...saya maseh single okei...he3 ]



Statute

ini bahagian yang paling digemari, dah jadi koleksi kesayangan aku selepas koleksi novel cintan-cintun kepunyaan aku, dulu tak minat sangat nak baca, tapi sekarang terlebih minat nak baca, dengan bahasa mudah..."tangkap cintanlah sama kamu", macam-macam warna adakan..dari kaler wajib, sampailah ke warna tak wajib..[apa warna yang tak wajib tu..? sediri faham yer, malas nak explain..boleh GOOGLE kalau mahu]


me

mood sekarang nie adalah...crazy with studies, cases, tutorial, kuiz, test and blah..blah...
[wajah ini tersangat stress...tolong jangan gelak dihadapan empunya pic, tapi nak gelak kat belakang..lantak koranglah..]



cup cake comel

eclaz dari my rumate..comel, tapi tak puas makan..nak lagi boleh tak..?
tak malu betul kau chenta...
he3..;p

P/s:- prepare untuk cup cake comel untuk aidilfitri..siapa-siapa ada resepi cup cake yang best boleh share di sini...

Saturday, August 14, 2010

Aku Terlalu Emosi Hari Ini

Hari ini rasanya tersangat emosi tentang sesuatu, habes semua message dalam inbox, sent message dan save message dahku delete...termasuklah yang ada dalam draft message...+ aku telah pun mendelete no. telefon mereka yang tak berkenaan, tapi rasa macam nak format hadphone terus, tapi sayang sangat sebab dekat dalam handphone tu ada lagi banyak things yang lebih berharga dari mereka-mereka yang berkenaan..

Maaf kalau aku kejam pada mereka-mereka, tapi keadaan yang memaksa aku untuk buat  macam tu...penat kalau asyik ada orang nak jadi stalker dalam hidup aku.. hidup memang tak aman, aishh berhentilah memfollow hidupku, aku bukan angelina jolie ataupun siti nurhaliza, aku tak seglamer dan popular macam mereka yang kau nak sangat intip dan terjah..kalau nak sangat jadi macam nas ahmad dalam rancangan melodi tu...aku izinkan, tapi tak perlu jadikan aku as mangsa kau..

Konklusinya, aku dah penat untuk menjawab itu dan ini dari mereka-meraka, berapa gunung fitnah dan cerita yang kau nak create pasal aku, just go on...aku tak kisah, sebab itu hak kau..tapi tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi..dan tak perlu berpura-pura untuk menjadi teman yang baik...sedangkan temanya tidak begitu..aku hanya mahu hidup dengan tenang...dan tolonglah kiranya kau sudi untuk memberiku peluang untuk itu...

 aku bukan sekuat yang kamu sangka, kerana dari segi lahiriahnya aku juga manusia yang mempunyai emosi seperti kamu

Kenangan Manis Kau dan Aku Takkan Terlupus

Pejam celik, pejam dan celik balik, hari ini sudah Ramadhan yang ke-4. Syukur masih berpeluang meraikan Ramadhan tahun ini, moga tahun hadapan juga begitu...walaupun jauh beratus kilometer dari keluarga tersayang, aku masih gumbira dengan Ramadhan ini...

pejam-pejam celik-celik dah lebih tiga bulan tinggalkan alam praktikal


wajah-wajah ceria ini, membuatkan aku bertambah rindu dengan kalian, dua bulan berkerja dengan kalian, bagaikan sebentar cuma bagiku...terima kasih untuk segalanya

tuan nazri
puan shikin
abg yusz
abg prakash
abg bob
abg maulana
miss
pn. kamariah
en. yusoff
en. zakaria
dan semua staff mahkamah pontian



** teringat kenangan menjolok buah mangga di belakang mahkamah bersama farha, habes berbintat akibat digigit kerengga..kesannya masih ada hingga sekarang...


kalau ada sumur di ladang
boleh aku menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
laen hari jumpa lagi

pejam-pejam, celik-celik aku dah ada firm sendiri

13 orang partners semuanya



 justitia & partners, maksudnya keadilan...setahun akan bersama mereka menjalani rutin di tahun empat sebagai pelajar LLB...1 Malaysia..itu tema firm kami..=)

 kes pertama kami DR. SALLEH melawan ALI bin MAHMUD


advocates and solicitors...=)
gambar tak berapa nak clear sebab gambar nie di snap time pagi buta dan menggunakan camera handphone ku yang dah agak ngokngek



 mereka-mereka yang berada dalam handphone aku
timbalan MPP dan jugak S/u united nation
ini dalam kelas convey..
sempat lagi korang posing yerk?



 lecturer tercantik sem nie...pn.alice rozianne..
kami semua ingat die "cik"
sebab badan slim kalahkan anak dara..
tapi rupanya puan dah..
ermm
dia memang cantik..
saje snap pic dari jarak jauh..
biar korang tak tertarik..
he3..


pejam-pejam, celik-celik  tengok menu ramadhan



pertama kali makan nasik beryani RM10 sebungkus..
sangat terasa pembaziran di bulan Ramadhan nie..
selalu rasa tak membazir sebab ada orang yang belanja...
melayang sudah duitku..
esok kena bukak pose dengan maggi jer la..
uhukk...


taufu fa percuma..
kesan dari aku membodek abg taufu fa..
beli satu percuma satu..
padahal aku tak makan pun..
dua-dua mangkuk special untuk my fren
tapi paling best..
muka abg tu sebijik macam ex-boyfren aku..
fulamak...chenta lama berulang kembali...;p


martabak daging
menu wajib setiap kali puasa..
kalau tak ada
macam tak lengkap jer hari-hari berpuasa..

pejam-pejam, celik-celik dah ada buah hearty baru rupanya


  
sue with my buah hearty
tak tahu sejak bila hearty sudah terpaut dengan ini bear..
boleh buat teman peluk malam-malam..;p
terima kasih untuk........<3 

pejam-pejam, celik-celik..dia dah setahun


selamat hari lahir untuk budak kechik yang comel
muhammad fitri...
semoga makin comel dan cute..=)

habes dah story untuk hari ini, kalau ada kesempatan esok kita membebel lagi yer..
tata...=)

Wednesday, August 11, 2010

After 2o years


aku selepas 20 tahun..umur aku 43 tahun time tu..
maseh cute dan cun lagi..
he3...
tapi agak confuse sedikit..
kenapa hidung aku makin mancung yerk..?
KHAYALAN atau ILLUSI..?

=)


this one..after 30 years from now..
makin banyak berkedut...
aku dah kena start pakai krim anti penuaan nie..
makcik chenta hearty,..!!
he3..

Monday, August 9, 2010

Berikan Aku Ros itu

Berseloroh dengan rumateku sebentar tadi, aku katakan padanya.."akak mahu ada bf sebelum konvo next year..nanti boleh lah dapat bunga banyak-banyak...", kami sama-sama tergelak. Kelakar bukan mencari bf hanya untuk dapatkan berkuntum-kuntum bunga  ros yang secara realitinya aku mampu untuk beli sendiri..Bunga ros itu tetap sama, tapi rasanyer, ya Allah sungguh berbeza sekali..! indah dan mungkin terlalu indah...! 


Bunga ros itu sebenarnya mengingatkan aku pada seseorang..dia chenta pertamaku..chenta pertamaku sewaktu aku melangkah ke universiti 3 tahun lepas...dia pernah berjanji padaku..untuk datang pada hari konvokesyenku sambil membawa berbakul-bakul bunga ros untukku..arghh kenangan, tetap kenagan..sayangnya hubungan kami terputus ditengah jalan..dan mungkin memang jodoh pertemuan kami setakat di situ...tiada apa yang mahu dikesalkan lagi kerana semuanya telah berakhir...dia kini sudah berteman..dan aku maseh keseorang di sini...bukan menanti dirinya untuk kembali padaku..tapi doaku untuknya...moga dia bahagia, dan moga aku juga bahagia kerana melepaskan dia kepada seseorang yang boleh membuat dia bahagia...insyaAllah..

Semalam bermula secara rasminya pesta konvokesyen ke 38 UKM, giliranku tahun hadapan..insyaAllah, kepada teman-teman yang ber"konvo" hari ini, semalam, esok-esok dan sebelum-sebelumnya....TAHNIAH di ucapkan...!! moga kalian terus cemerlang..ameen..=)





tahniah untuk mereka-mereka


P/s:- esok akan ke majlis konvokesyen seorang lagi teman, sudah prepare bunga untuk die..=)

Tuesday, April 13, 2010

Ini Versi Aku

Bahagia ker..?? Ada orang tanye soalan bodoh nie kat aku...memang aku marah, sibuk sangat nak jaga tepi kain kaler pink aku yang comey tu ape hal...ko siapa ?ada kena mengena dengan life aku ker? sibuk sangat  apehal..? bekas kena mengena dengan hidup aku ade la..okei..aku mention sekali lagi "BEKAS"..tak faham-faham ker kalau dah tahap bekas...BEKAS BISKUT...!!!

aku nak jerit kuat-kuat...YERP...AKU TERSUNGGUH BAHAGIA...!! bahagia sebab ada berjuta orang yang sayang kat aku..termasuklah aku sendirik. so jangan menyibuk nak tanye soalan bodoh giler bagai tu dekat aku..nie last, lepas nie aku akan jawab soalan yang bijak jerk, jugak dari orang yang bijak...orang yang perasaan2 bijak tahap Bill Gates aku tak layan..kalau kau tanyer jugak...aku bagi penyepak GueM JaN Di..nanti baru tahu...dush..dush...dush...padan muka...!!!!

Versi lepas geram akustik dah abes, kalau ada rase perasaan geram tahap cipan gemok macam kat atas nie, boleh lepas geram kat zon bengang hotfm esok, bersama IKHWAN...kol 10 mlm isnin-jumaat, saje nak promote..he3


 alahai kenapa lah kau comey sangat...!!!

*nak carik husband cam nie ada x?
sape2 rase die mirip-mirip @ kembar @ sipi-sipi pipi...leh lah kemukan proposal..he3

*i'm in love...!!!
dah habes bace entri nie...diam-diam jer..sorok dalam bantal..jangan cakap kuat-kuat...kalau IKHWAN dengar...malu-malu kucing nanti aku..
tiba-tiba status pemalu kucing gedik aku nie terus tukar jadik cat woman..
glamer terus jadik top news.dalam berita harian
Elakkan kontroversi...tingkatkan prestasi sambil berangan...!!!he3






yang nie gambar MELDA AHMAD...sape-sape yang tak kenal dengan minah cun nie...anggap jer la...korang tak kenal ngan aku...
cuba perhatikan guna kanta pembesar tak pown teropong jarak jauh...
*kami macam kembar kan
*kembar tak seiras
*tak seslim.dengan aku yang gemuk cam ikan buntal
*kalau nak kate sama comel pun tak...lagilah jauh dapur gas dari periuk nasik
 [hidup dah moden sekarang...sekarang semua nk cepat..dapur gas dah macam terpinggir..hu3]

Owh MELDA..kenapelah kau nyanyi sedap sangat...aku jelez...!!!walaupun orang kate suara aku sedap..tapi serius aku malu nak nyanyi...sebab nanti KATAK puru boleh kena pecat...!!simpati aku dengan katak puru sebab dah hilang kerja... salji pulak turun mencurah2 macam time krimas...sebab sakit jantung lepas dengar suara aku yang sedap macam mee SEDAP tu...sedap sampai terjilat-jilat hujung garfu..

Owh MELDA..thanx la...pinjamkan suaramu di blogku...sangat suka dengar suaramu...meriah siket blogku yang kusam musam kusut serabut masai nie...Tochee...tochee jugak untuk suriya yang bagi lagu nie pada aku..susah-susahkan kau carik lagu nie, untuk hiburkan hearty kecik aku yang putus chenta tyme tahun baru baharu cina hari tu...sayang banget kat kau..!!.

 bahagia kurasa...
di saat kita berdua bersama


 "pelangi cintamu"