Berseloroh dengan rumateku sebentar tadi, aku katakan padanya.."akak mahu ada bf sebelum konvo next year..nanti boleh lah dapat bunga banyak-banyak...", kami sama-sama tergelak. Kelakar bukan mencari bf hanya untuk dapatkan berkuntum-kuntum bunga ros yang secara realitinya aku mampu untuk beli sendiri..Bunga ros itu tetap sama, tapi rasanyer, ya Allah sungguh berbeza sekali..! indah dan mungkin terlalu indah...!
Bunga ros itu sebenarnya mengingatkan aku pada seseorang..dia chenta pertamaku..chenta pertamaku sewaktu aku melangkah ke universiti 3 tahun lepas...dia pernah berjanji padaku..untuk datang pada hari konvokesyenku sambil membawa berbakul-bakul bunga ros untukku..arghh kenangan, tetap kenagan..sayangnya hubungan kami terputus ditengah jalan..dan mungkin memang jodoh pertemuan kami setakat di situ...tiada apa yang mahu dikesalkan lagi kerana semuanya telah berakhir...dia kini sudah berteman..dan aku maseh keseorang di sini...bukan menanti dirinya untuk kembali padaku..tapi doaku untuknya...moga dia bahagia, dan moga aku juga bahagia kerana melepaskan dia kepada seseorang yang boleh membuat dia bahagia...insyaAllah..
Semalam bermula secara rasminya pesta konvokesyen ke 38 UKM, giliranku tahun hadapan..insyaAllah, kepada teman-teman yang ber"konvo" hari ini, semalam, esok-esok dan sebelum-sebelumnya....TAHNIAH di ucapkan...!! moga kalian terus cemerlang..ameen..=)
tahniah untuk mereka-mereka
P/s:- esok akan ke majlis konvokesyen seorang lagi teman, sudah prepare bunga untuk die..=)




0 kata-kata chenta:
Post a Comment