Friday, August 6, 2010

Imbauan Ramadhan

Salam sayang untuk sekalian yang ada. Memandangkan Ramadhan akan membuka tirainya minggu depan, tidak salah rasanya entri kali ini diselitkan dengan cerita-cerita Ramadhan..Tidak lengkap rasanya jika Ramadhan itu tidak dimulai dengan bermaafan sesama insan...Ramadhan Al-mubarak ini biarlah dimulai dengan hearty yang bersih...walaupun kita tidak mungkin akan mampu untuk kembali seperti sehelai kain putih...tapi sedikit sebanyak Ramadhan kali ini akan dilalui dengan hearty yang ikhlas kerana Allah s.w.t..." beribadah kepada Allah s.w.t seolah-olah kita melihat Allah..."

Ramadhan keempat dan terakhir di UKM, menyambut Ramadhan di sini terlalu banyak kenangan manis yang ditinggalkan..hangatnya imbaun Ramadhan pertama di sini, masih jelas terasa Kalau di kampung halamanku di Johor, awal Ramadhan akan disambut dengan cuti, tapi situasinya amat berbeza di sini...pertama kali menyambut Ramadhan di sini, empat tahun lepas, terasa begitu janggal sekali..kelas seawal jam lapan pagi membawa ke angka 7 petang, membuatkan seharian menjalani ibadah puasa bagaikan tidak terasa...cokelat cadbury .itulah juadah hari pertama Ramadhanku di UKM, bagaikan mahu menangis ketika itu...apatah lagi itulah kali pertama aku menyambut Ramadhan berjauhan dari keluarga..

Oleh kerana fakultiku agak jauh dari kolej kediamanku, hanya bas sahaja yang menjadi penghubung untuk ke fakulti, apatah lagi tika itu, pelajar tahun satu masih tidak dibenarkan memandu kenderaan sendiri..azan sudah berkumandang, tapi bas yang ditunggu maseh tidak kunjung tiba..secara logikya pemandu bas itu juga seorang muslim, sudah pastinya mereka juga sibuk menjamu juadah berbuka dan mustahil jika ada bas yang bergerak pada tika itu...

Nasebku agak baek hari itu, aku tidak keseorangan menanti di fakulti, ada juga mereka-mereka yang senaseb denganku, rasa lapar mula menghantui, dalam otak ligat berfikir, juadah apakah yang mahu dijamah untuk berbuka puasa...aku menyeluk poket begku, ada beberapa biji cokelat pemberian pensyarahku ketika kelas hubungan etnik tadi..lega sedikit kerana ada juga sedikit rezeki untukku jadikan pemanis mulut..menanti sehingga jam 8 malam barulah aku sampai di kolej, itupun atas pertolongan teman-teman lain yang memandu kereta kerana kediaman mereka berhampiran dengan universiti...

 Mereka-mereka

Dan minggu hadapan Ramadhan akan menjengah kembali, bersama harapan dan impian untuk seluruh umat Islam, juga Ramadhan terakhirku di sini...terasa sayu mahu meninggalkan segalanya, kerana memori Ramadhan di sini tidak mungkin akan kembali...tahun depan kita semua akan bergraduasi, tidak ada lagi Ramadhan selaku pelajar..tidak ada lagi kenangan berbuka puasa di dewan kuliah, tidak ada lagi kenangan ke bazaar Ramadhan bersama kalian...tidak ada lagi kenangan bershopping di sekitar jalan Tengku Abdul Rahman dan Masjid India [ lokasi wajib untuk dikunjungi setiap tahun...teringat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sana..SESAT..itulah ayatnya ] semuanya sudah tidak ada lagi selepas ini..semuanya sudah menjadi yang terakhir...



Andainya ini Ramdhan yang terakhir untukku..akan kuisikan segalanya dengan penuh keberkatan...dan adainya ini bukan Ramadhan yang terakhir untukku..izinkan aku merasai nikmat Ramadhan itu.Sesungguhnya Ramadhan itu jua bulan yang terindah..!



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA UNTUK SELURUH UMAT ISLAM


=)

0 kata-kata chenta: