Monday, August 2, 2010

Catatan

Hari ini aku keluar berjalan-jalan, menghirup udara segar bersama teman terchenta, mereka-mereka yang menjadi nadi dan jantungku, terima kasih kerana mengembirakan heartyku wahai teman.. kamu fantasiku, juga realitiku..!

Seawal pagi, sudah bertolak ke ktm, agak terlewat apabila sahabatku sudah mula memuncungkan bibirnya, rajukmu maseh menghiburkan hearty, walauku tahu kau berkecil hearty dengan sikapku yang tidak acuh tentang soal masa, maafkan ku  teman..jam locengku tidak berfungsi hari ini...agak kelewatan melelapkan mata semalam, kerana asyik termenung memikirkan tentang seseorang, siapakah orang itu..? biarlah jadi rahsia antara kita, kerana hanya aku dan dia yang tahu..:p

Seawal 9 pagi, sudah mula terpacak di ktm menuju ke kl sentral, perjalan dalam tempoh 30 minit tidak begitu terasa, memerhatikan manusia-manusia di sekeliling, aku tersenyum sendiri...terhibur sedikit heartyku yang masih tidak keruan kerana otakku yang masih bercelaru memikirkan sesuatu..mereka-mereka di luar sana memang lucu bagiku... melihat lelaki di dalam koc wanita..membuatkan aku terfikir, beginikah kita sebagai rakyat Malaysia..? selalu meminta tentang itu dan ini dan bila sudah tertunai permintaan itu, kenapa masih lalai dalam menghargainya? tipu kalau lelaki-lelaki itu maseh tidak faham tentang peraturan  baru.."KOC TENGAH HANYA UNTUK WANITA" ...bukan tidak faham,tapi mungkin sengaja buat tak endah...arahan ditulis dalam pelbagai bahasa termasuklah melayu dan inggeris...juga 3 lagi bahasa lain termasuklah arab..maseh tidak cukupkah...atau mahu ditambah bahasa lain untuk mereka yang pekak dan tuli..?maaf kalau aku terkasar...hormatilah wanita duhai lelaki, wanita bukan alas untuk dijadikan tempat untuk meletakkan kaki, tetapi untuk dilindungi dan dijagai..

kredit untuk mereka yang mencipta logo ini

Cerita hari ini, tidak berhenti di situ, perjalanan yang disangkakan lancar..tergendala di monorail, tiket free tapi monorial rosak...tidak begitu berbaloi bagiku, mujur ada insan yang baek hearty, membayarkan tambang teksi untuk kami...percuma!!tak perlu menunggu sejam untuk menaiki monorail!

Sesampainya di pintu times square, satu lagi peristiwa lucu telah berlaku, ada yang memuji aku ahmoi chantek, perasan seketika bila ada yang mengatakan wajahku persis ahmoi cina, sekadar guraun atau untuk menambat hearty aku sendiri tidak pasti, cuma apa yang pasti...Rm20 ku telah terbang melayang kerana pujian itu, anggap sahaja lah aku beramal hari ini, redhai lah wahai chenta hearty, bukan rezeki kamu!

Agenda menonton wayang tetap diteruskan, walaupun terlewat, janji mesti dikota...itu satu prinsip..DON'T MAKE A PROMISE THAT YOU CAN'T KEEP IT..filem salt lakonan angelina jolie ini nyata tidak mengecewakan, aksi kental seorang perisik wanita mengharungi cabaran...aku berharap ada salt yang kedua..kerana maseh merasa tidak puas menonton cerita ini, 4 bintang untuk movie ini..=)


tonton sendiri..
kamu pasti tak akan kecewa...
=)


0 kata-kata chenta: