Hari pertama Ramadhan, bersahur dengan beberapa keping roti butterscoth dan secawan milo tanpa gula. Suasana yang begitu berbeza ketika berada di kampung halaman terchenta di johor. Semalam aku mengirim beberapa sms ramadhan untuk mereka-mereka, ucapan salam Ramadhan yang ringkas dariku, tidak perlu berpantun, bermadah atau bersyair, kerana aku sememangnya seorang yang simple..tidak perlu berjela, kerana maksudnya tetap sama bukan? "Salam ranadhan untuk semua dariku, moga ramadhan kali ini diberkati hendakNya.."
menu pertama Ramadhan
Hajat di hearty mahu menelefon ibuku di kampung, tapi kubatalkan sahaja hasrat itu. Risau jika aku tidak bisa mengawal suasana nanti. Aku memang minah air mata, terlalu mudah menangis walaupun hanya untuk perkara yang remeh. Aku akui itulah kelemahanku, tapi mungkin kerana aku juga seorang yang mudah tersentuh, terlalu sensitif katanya!
Di saat ini, aku merasa terlalu rrindu dengan ibu, semalam aku mendapat sms dari kakakku, johor cuti hari ini. Sudah satu kemestian di awal Ramadhan... tapi tidak di sini. Aku akan ke kelas seawal jam 9 pagi hari ini, rutin yang aku telah ulang sejak empat tahun dulu...aku rindukan semuanya, sudah pastinya menu bersahur dan juadah berbuka hari ini dari pelbagai rasa. Aku akui masakan ibu adalah yang terbaek tika ini, boleh mengalahkan rasa kek secret recipe, kenny rodges, chicken rice mahupun mana-mana kedai kopitiam...ibu tetap juara dalam bab memasak.Cuma aku sahaja dalam keluargaku yang tidak mewarisi bakat ibu, kadang terasa malu kerana kakakku yang lain semuanya hebat dalam masakan, suami-suami mereka..sungguh beruntung sekali punyai isteri yang rajen ke dapur..=) dan suamiku nanti..? boleh lah dikira beruntung juga...ada sedikit bakatkku dalam membuat kek..boleh lah merasa kek air tanganku nanti..he3 [pesanan e-claz dari chenta hearty untuk bakal suaminya ]
InsyaAllah nanti, 27 ogos aku akan pulang ke kampung bertemu ibu dan keluarga terchenta. Terubat sedikit rinduku untuk merasai nikmat Ramadhan bersama mereka-mereka yang aku sayangi Moga tiada aral melintang yang menghalangku untuk sampai ke tarikh itu dan semoga hajatku itu dimakbulkan dan dipermudahkan Tuhan...ameen...=)


0 kata-kata chenta:
Post a Comment