Showing posts with label final year. Show all posts
Showing posts with label final year. Show all posts

Friday, April 1, 2011

♥ Mock Trial : kita hampir ke situ ♥

april, me and bee ling

april and me

lay koon and najib

intan

the supporter

amy and dilla

the witnesses 

ayu with her fake identity card

there are amazing

during the mock trial

Win or Lose

It doesn't matter if you are win or lose
It's how you play the game
Give your team mates a chance to score
Don' take all the credit 
Everyone deserves a day of fame
You're not perfect
Don't pretend you are
It doesn't matter if you win or lose
It's how you play the game

- Deanna C.Dilley -




Monday, March 14, 2011

♥ Last but not least : Andalusia ♥

Kali keempat menghadiri majlis makan malam Kolej Dato' Onn, tidak terlalu banyak bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. Cumanya kali ini, kami di bawa jauh ke seberang sana, menyelusuri hembusan tanah sepanyol dan arab. 

Bau makanan seawal melangkah masuk sudah membuka nafsu selera, maklumlah perut dibiarkan kosong untuk diisi dengan banyaknya. Menu yang dihidangkan sememangnya mampu menggoncang nafsu lapar, tapi sayangnya air yang dihidangkan cuma untuk sekali. Tidak boleh tambah kerana tambahan hanya diberi untuk VVIP. Kecewa, tapi itulah kenyataannya. Kekurangan air, tapi berlebihan nasi...:p

andalusia night
table mates
the menu
chicken chop
KDO-pertama dalam semua
the unlucky table
mirul and sham
yaa and hock hua
me, akhmar and sham
me, intan, yaa and akhmar

kredit kepada sham untuk semua gambar-gambar di atas

Saturday, March 5, 2011

♥ Kedah : Melambai pergi, Menggamit memori ♥

Kedatangan kami ke kedah pada minggu lalu menggamit sejuta memori yang akan kekal selamanya. Hamparan sawah padi menyambut mesra ketibaan kami di Universiti Utara Malaysia. Terima kasih orang UUM, Prof Na'aishah, Batch 23 FUU dan semuanya..

26 feb 2011
tiba di alor star, kedah

sarapan pagi di "warung kopitiam"
warung tersebut asalnya sebuah sekolah yang telah diubah suai
di sini, korang boleh makan 14 biji cengkodok yang dijual hanya dengan harga RM 1
tiba UUM
kami agak keletihan setelah lebih 9 jam berada dalam pejalanan
muka-muka belum mandi, namun masih segar untuk berposing
penginapan di UUM
sebilik 3 orang, dilengkapi dengan set perabot, TV dan sebuah peti ais comel
shopping di Padang Besar, Perlis

boleh tawar-menawar di sini, harga barang-barang di sini sangat nurah dan berpatutan
menjamu selera di cafetaria UUM
sebelum ke acara sukaneka yang dianjurkan oleh lawsoc UUM
Kolej undang-undang, kerajaan dan antarabangsa, UUM
[COLGIS}
Mock Court COLGIS
saiz standard HIgh Court

Beruntung pelajar UUM, sebab di UKM moot Court masih dalam proses pembinaan dan paling hampa kami takkan merasa moot court tersebut
ayu, kak hana, me dan akhmar
ayu n kak hana
di wisma darul aman, pusat pemerintahan kerajaan Negeri Kedah
testing untuk jadi YB
me dan akhmar
ayu, akhmar, me dan yaa
shopping di pekan Rabu, Kedah

banyak busana Muslimdan Muslimah di jual di sini
kalau berminat dangan segala jenis feseyn tudung, jubah dan busana muslim yang lain boleh lah datang ke sini
harga masih boleh di tawar, walaupun sebenarnya macam lebih kurang sama dengan harga di kuala lumpur
before balik singgah di Muziam Padi, Kedah

waktu kami datang sekitar jam 5 petang, muzium nie telah pun ditutup
tapi kamu dapat pas percuma selama satu jam untuk melawat sekitar muzium
penjaga muzium nie dah buat muka kelat, sebab sepatutnya waktu kerja dah habis
tapi disebabkan kami, terpaksa overtime pulak
gambar dengan cik burung
fatin, suraya, yaa, me, ayu dan atie

sebelum pulang ke ukm, singgah di r&r juru, makan nasik lemak yang sangat pedas
dan sebagai konklusinya, aku sakit perut keesokkannya,
mujur tak melarat
dan alhamdulillah masih boleh present dengan baiknya untuk evidence

insyaAllah bulan mei ini akan berkunjung lagi ke kedah, menghadiri majlis perkahwinan seorang teman dan bulan jun nanti akan ke pantai timur pula, jalan-jalan makan angin..
>,<

Tuesday, January 25, 2011

♥ Post-mortem ♥

Pernah tengok real post-mortem?

Ini bukan post-mortem untuk katak atau tikus yang korang buat time sekolah menengah dulu, tapi yang nie, bedah siasat ke atas manusia! gerun tak?

Melangkah kaki ke bilik mayat PPUKM, perasaan gerun dah mula terasa. Ditambah lagi dengan bau-bauan yang agak memualkan seluruh anak tekak. Sampai kat dalam, kami dihidangkan dengan sesi bedah siasat. Boleh tengok otak manusia dan organ-organ dalaman secara realiti. Cuma kami dilarang untuk memegang mayat tersebut sebab bukti fizikal pada mayat sangat penting untuk menyelesaikan kes.

Aku bernasib baik hari nie, sebab dapat tengok proses bedah siasat tersebut dengan gagahnya. Walaupun secara jujurnya aku memang seorang yang sangat takutkan darah, nak-nak darah yang mengalir. Asihh...confirm aku boleh pitam terus. Ramai classmate aku yang stay dekat luar bilik mayat, sebab tak berapa gagah nak tengok. yela dari pengsan kat dalam, baik duduk kat luar. Lagi selamatkan.

Tapi nasib tak menyebelahi seorang classmate aku, dia pitam waktu tengok proses bedah siasat dijalankan. Mujur tak ada apa-apa. Terkejut agaknya waktu Dr.Shahrom (pakar patologi) tu selak kulit kepala mayat tu then nampak otak..gerun babe!

kredit kepada sham  n rakan-rakan untuk semua gambar di bawah
posing dalam bus..=)



Dr.Shahrom: duduk paling tengah

hidup itu belum tentu
tapi masti itu  pasti
>,<

Friday, January 21, 2011

♥ Mock Trial ♥

sila klik untuk tumbesaran gambar

jadual simulasi perbicaraan (mock trial) untuk pelajar tahun akhir 
agak gementar
tapi teruja...
korang doakan aku yer .=)


quote:

walau seribu tahun musim berganti
dan nyawamu tiada mati-mati
kau tetap begitu selama-lamanya
hijab itu bukan sengaja dibentangkan...

~ramlee awang murshid~

Friday, January 14, 2011

♥ Dilema ♥

Pilihan Pertama

Diploma in Shari'ah Law and Practice (DSLP) - IIUM


sila klik untuk tumbesaran

waktu 3rd year dulu memang aku bercadang nak amik diploma in Shari'ah law dekat ukm..dapat dip shari'ah and LLB dalam tempoh serentak. Tapi time tu pun aku tak berapa yakin sangat...weekdays buat LLB, then weekend pulak study untuk shari'ah. second reason pulak masalah kewangan, aku kan totally bergantung pada JPA..

yuran LLB=RM1500/sem 
 diploma shari'ah=around RM700-800/sem,
 total=RM 2200

nak mintak kat parents?diorang pun bukan senang sangat. Nak mintak RM50 pun sometimes segan sangat. Selalunya kalau JPA lewat masuk awal-awal sem cam nie, ikat perut ngan maggi la, hari-hari makan maggi pun bukan besh sangat, tapi buat-buat besh jer la, bayangkan macam makan Kenny Rogers or Secret Recipe..kan sedap tu, sehingga menjilat jari lagi..:p

Hopefully, after grad nanti, aku still dapat chance untuk buat DSLP, sebab program nie cuma dalam tempoh 1 year and class hanya diadakan pada hari sabtu sahaja, and ia tak lah membebankan, sebab 2 in 1, bekerja sambil belajar..=)

Pilihan Kedua

Master of Business Administration (MBA) -UPM



Sila klik untuk tumbesaran. 

Atas sebab aku bukan datang daripada family yang berada, yuran pengajian untuk MBA (full time) nie agak membebankan bagi aku, kalau aku makan maggi dengan air suam dalam tempoh setahun pun nak kumpul around RM26000 masih belum cukup rasanya...hitung tolak bahagi campur, yang tu baru melibatkan yuran untuk pengajian dalam tempoh 2 tahun..masuk belanja sara diri lagi...aishh, kopak la poket aku lepas nie...

Pilihan pertama nampak lebih konkrit kalau nak compare dengan yang kedua, tapi pilihan yang kedua masih boleh dipertimbangkan, PJJ maybe sesuai untuk yang kedua...walau apa pun keputusannya nanti doakan aku untuk membuat pilihan yang terbaik dan paling paling paling terbaik sekali...=)

♥ dari ukm ke shah alam ♥




tempat pertama yang dituju adalah JAIS. Berdating dengan pegawai pendakwa dan pegawai dari bahagian penguatkuasa. Seriously, tempat nie cantik dan bercirikan islamic. Sekali pandang memang sebijik macam masjid. Agak tertarik dengan design dia, sebab bangunan kerajaan sekali-sekala biarlah comel siket, atleast sejuk salji mata memandang...nak pergi pun hati berbunga-bunga ros jer...tak la asyik kena mengadap bangunan yang statik macam kotak tiap-tiap hari


Yang kat celah-celah antara pokok pinang tu Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, terletak berhadapan dengan bangunan JAIS. Banyak kali dah aku datang Shah Alam, tapi belum berkesempatan untuk singgah masjid nie, maybe belum ada rezeki kot..


cik yaya sedang sibuk bergayutan, konon busy lah tu


tengah tunggu pegawai dari bahagian penguatkuasaan.
 Lepak-lepak baca newspaper, walaupun newspaper last year, tapi buat-buat la macam hari nie punya.
 Bukan orang perasan pun. Orang perasaan adalah kat sini.




sila abaikan perempuan gemuk berbaju merah di atas. 
Saje snap pic separuh, agar dapat menyembunyikan encik-encik lemak yang semakin menimbun...
cover line babe!



encik sonnet yang suka sangat berposing depan pintu, 
dah macam penyambut tetamu pulak




ini encik choco, jangan perasaan nak ngurat, sebab mamat nie dah berpunya, boyfren kepada cik choki..tapi cik choki tiada dalam gambar..pemalu katanya..

 encik sonnet dan encik choco  sangat rajen melayan minah gemuk yang giler-giler macam aku. Gila berposing diorang nie wehh...saja jer buat aksi, tapi diorang comel kan? Ini kat rumah yaya, singgah sekejap lepas ke Jais...saja nak berkenalan dengan encik-encik comel di atas..


budak nie sangat comel okeh! nama dia Kaira, merangkap anak sedara cik yaya, mula-mula dia jual mahal gak ngan aku..tapi bila dah time nak balik tu, sempat pulak main cak-cak ngan aku...kalau aku ada anak nanti, sejibik aku nak cetak muka macam dia nieh..:p

he3

:p