Showing posts with label jalan-jalan shopping. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan shopping. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

♥ Kedah : Melambai pergi, Menggamit memori ♥

Kedatangan kami ke kedah pada minggu lalu menggamit sejuta memori yang akan kekal selamanya. Hamparan sawah padi menyambut mesra ketibaan kami di Universiti Utara Malaysia. Terima kasih orang UUM, Prof Na'aishah, Batch 23 FUU dan semuanya..

26 feb 2011
tiba di alor star, kedah

sarapan pagi di "warung kopitiam"
warung tersebut asalnya sebuah sekolah yang telah diubah suai
di sini, korang boleh makan 14 biji cengkodok yang dijual hanya dengan harga RM 1
tiba UUM
kami agak keletihan setelah lebih 9 jam berada dalam pejalanan
muka-muka belum mandi, namun masih segar untuk berposing
penginapan di UUM
sebilik 3 orang, dilengkapi dengan set perabot, TV dan sebuah peti ais comel
shopping di Padang Besar, Perlis

boleh tawar-menawar di sini, harga barang-barang di sini sangat nurah dan berpatutan
menjamu selera di cafetaria UUM
sebelum ke acara sukaneka yang dianjurkan oleh lawsoc UUM
Kolej undang-undang, kerajaan dan antarabangsa, UUM
[COLGIS}
Mock Court COLGIS
saiz standard HIgh Court

Beruntung pelajar UUM, sebab di UKM moot Court masih dalam proses pembinaan dan paling hampa kami takkan merasa moot court tersebut
ayu, kak hana, me dan akhmar
ayu n kak hana
di wisma darul aman, pusat pemerintahan kerajaan Negeri Kedah
testing untuk jadi YB
me dan akhmar
ayu, akhmar, me dan yaa
shopping di pekan Rabu, Kedah

banyak busana Muslimdan Muslimah di jual di sini
kalau berminat dangan segala jenis feseyn tudung, jubah dan busana muslim yang lain boleh lah datang ke sini
harga masih boleh di tawar, walaupun sebenarnya macam lebih kurang sama dengan harga di kuala lumpur
before balik singgah di Muziam Padi, Kedah

waktu kami datang sekitar jam 5 petang, muzium nie telah pun ditutup
tapi kamu dapat pas percuma selama satu jam untuk melawat sekitar muzium
penjaga muzium nie dah buat muka kelat, sebab sepatutnya waktu kerja dah habis
tapi disebabkan kami, terpaksa overtime pulak
gambar dengan cik burung
fatin, suraya, yaa, me, ayu dan atie

sebelum pulang ke ukm, singgah di r&r juru, makan nasik lemak yang sangat pedas
dan sebagai konklusinya, aku sakit perut keesokkannya,
mujur tak melarat
dan alhamdulillah masih boleh present dengan baiknya untuk evidence

insyaAllah bulan mei ini akan berkunjung lagi ke kedah, menghadiri majlis perkahwinan seorang teman dan bulan jun nanti akan ke pantai timur pula, jalan-jalan makan angin..
>,<