Sebab selalu sangat guna pinggan, hari nie tukar taste guna kuali. Nampak menarik jugak. Sebab ini first time aku cuba. Selalu tengok orang makan mcam best jer kan. Kuali kat atas nie boleh didapati di Food Court Alamanda, tapi diorang jual makanan jer, yang kuali tu jual lain harga la kalau korang berminat nak beli..
Sebenarnya, kuali nie yang lebih menarik minat aku berbanding dengan yang lain-lain, makanan yang kat dalam kuali tu aku main pesan jer, janji dapat makan dalam kuali. Gila kuali punya pasal...last-last separuh jerk aku makan, yang separuh lagi sumbat dalam mulut cik Pah. Memang tak larat nak habiskan, nasik dia penuh satu kuali, nasib kuali kecik, kalau kuali besar, nyaris aku share tiga orang..ala-ala nasi Ambang dalam kuali..he3
Yang kat atas nie, gambar kawan-kawan aku, kami semua kenal sejak first sem lagi. Kami tengok Hantu Kak Limah. boleh tahan best jugak citer nie, even dah 2 kali aku tengok. Masih boleh gelak lagi, tapi elemen suspen memang dah tak ada. Kalau nak compare waktu first time dulu, rasa nak menyorok kat bawah kerusi pun ada. Naseb baik la hp aku besar, bleh gak tutup mata guna hp..tapi apa pun korang patut tengok cerita nie, sebuah cerita yang simple tapi banyak message yang Mamat Khalid cuba sampaikan..aku bagi 4 bintang untuk Hantu Kak Limah Balik Rumah..

nie la rupa hp aku, tapi design hp aku warna hitam , memang boleh buat cover mata kalau tengok cerita seram. Dulu beli harga dekat rm700, tapi sekarang nie kalau jual pun dah tak laku aku rasa. Tapi aku tetap sayang giler kat hp aku. sebab nie first time aku beli sendiri hp, hp yang dulu pun orang bagi hadiah. Lagipun hp nie banyak nostalgia, banyak kenangan. Bukannya aku nak hidup dalam kenangan, tapi kadang-kadang ada sebahagian kenangan yang kita nak sangat ingat, ada pulak kenangan kita sangat-sangat nak lupakan..Betol tak?
♥ quote: ♥
Mereka berhak untuk berkata selagi mereka boleh berkata-kata, tapi jika kata-kata itu tidak benar, bukankah itu suatu fitnah..
Sedangkan itu seburuk-buruk sifat manusia, bukankah fitnah itu ibaratnya memakan daging saudaranya sendiri?