Showing posts with label kenangan indah. Show all posts
Showing posts with label kenangan indah. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

♥ Memori: kenapa terlalu cemburu? ♥

Empat tahun berlalu kadangkala dirasakan sekejap cuma, kalau masa itu boleh sahaja dihentikan, rasanya sesaat itu belum pasti untuk menceritakan segalanya. Empat tahun bersama, meninggalkan sejuta memori yang tidak mampu untuk dilupakan. Walau apa pun kesudahannya selepas ini, doakan yang terbaik buat kami semua. Moga perjalanan berliku dalam mengejar cita dan impian terasa mudah untuk dilalui.

Sedetik cuma merakam memori, hari-hari terakhir dirasakan terlalu cepat berlalu. Kenapa masa terlalu mencemburui kita? 

kelas evidence bersama en.Munzil

kelas terakhir bersama dr.Rohaida

malam anugerah chenta


kredit to sham, lyana syuhada, dilla raffie untuk semua photo diatas


Monday, March 14, 2011

♥ Last but not least : Andalusia ♥

Kali keempat menghadiri majlis makan malam Kolej Dato' Onn, tidak terlalu banyak bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. Cumanya kali ini, kami di bawa jauh ke seberang sana, menyelusuri hembusan tanah sepanyol dan arab. 

Bau makanan seawal melangkah masuk sudah membuka nafsu selera, maklumlah perut dibiarkan kosong untuk diisi dengan banyaknya. Menu yang dihidangkan sememangnya mampu menggoncang nafsu lapar, tapi sayangnya air yang dihidangkan cuma untuk sekali. Tidak boleh tambah kerana tambahan hanya diberi untuk VVIP. Kecewa, tapi itulah kenyataannya. Kekurangan air, tapi berlebihan nasi...:p

andalusia night
table mates
the menu
chicken chop
KDO-pertama dalam semua
the unlucky table
mirul and sham
yaa and hock hua
me, akhmar and sham
me, intan, yaa and akhmar

kredit kepada sham untuk semua gambar-gambar di atas