Pilihan Pertama
Diploma in Shari'ah Law and Practice (DSLP) - IIUM
sila klik untuk tumbesaran
waktu 3rd year dulu memang aku bercadang nak amik diploma in Shari'ah law dekat ukm..dapat dip shari'ah and LLB dalam tempoh serentak. Tapi time tu pun aku tak berapa yakin sangat...weekdays buat LLB, then weekend pulak study untuk shari'ah. second reason pulak masalah kewangan, aku kan totally bergantung pada JPA..
yuran LLB=RM1500/sem
diploma shari'ah=around RM700-800/sem,
total=RM 2200
nak mintak kat parents?diorang pun bukan senang sangat. Nak mintak RM50 pun sometimes segan sangat. Selalunya kalau JPA lewat masuk awal-awal sem cam nie, ikat perut ngan maggi la, hari-hari makan maggi pun bukan besh sangat, tapi buat-buat besh jer la, bayangkan macam makan Kenny Rogers or Secret Recipe..kan sedap tu, sehingga menjilat jari lagi..:p
Hopefully, after grad nanti, aku still dapat chance untuk buat DSLP, sebab program nie cuma dalam tempoh 1 year and class hanya diadakan pada hari sabtu sahaja, and ia tak lah membebankan, sebab 2 in 1, bekerja sambil belajar..=)
Pilihan Kedua
Master of Business Administration (MBA) -UPM
Sila klik untuk tumbesaran.
Atas sebab aku bukan datang daripada family yang berada, yuran pengajian untuk MBA (full time) nie agak membebankan bagi aku, kalau aku makan maggi dengan air suam dalam tempoh setahun pun nak kumpul around RM26000 masih belum cukup rasanya...hitung tolak bahagi campur, yang tu baru melibatkan yuran untuk pengajian dalam tempoh 2 tahun..masuk belanja sara diri lagi...aishh, kopak la poket aku lepas nie...
Pilihan pertama nampak lebih konkrit kalau nak compare dengan yang kedua, tapi pilihan yang kedua masih boleh dipertimbangkan, PJJ maybe sesuai untuk yang kedua...walau apa pun keputusannya nanti doakan aku untuk membuat pilihan yang terbaik dan paling paling paling terbaik sekali...=)