Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

♥ sepi tanpa kamu ♥


5 hari dan 120 jam yang sunyi tanpa kamu
aku akan kembali
itu janjiku

" kerana terlalu ingin melupakan memori itu, 
aku jadi alfa tentang hati ini"

Monday, October 18, 2010

♥ ajalku sudah tiba ♥

tubir mataku pecah jua malam ini, entah mengapa sayunya hingga ke lubuk hati. lagaknya bagai menonton satu lakonan cereka yang begitu menyentap seluruh hatiku..sudah terlalu lama rasanya tidak berperasaan sebegini. mungkin aku si gadis besi, yang nampaknya kuat diluar tapi rapuh didalamnya..lambat-lambat pasti akan lentur jua dipenghujung cerita

selalu terlupa, bahawa aku juga manusia biasa yang punya naluri seperti mereka, angkuhnya jika mahu menidakkan semua itu, malam ini biarlah semuanya aku khabarkan disini, mengharapkan segala persoalannya terungkai di sini..mengharapkan jawapan ini membawa noktah untuk segalanya

aku memulakannya kerana cinta dan kuputuskan jua untuk mengakhirinya dengan sebutir mutiara cinta yang akan kusimpan hingga ke akhirnya..melepaskan seseorang yang amat aku cintai, bukan satu urusan dunia yang mudah bagiku..sesungguhnya aku bukan manusia yang mahu berdrama tentang kesakitan hati sendiri..bagaikan sebuah boneka, sungguh realitinya aku sangat terseksa di sini..

bertahun halusinasi air mata ini tidak pernah berhenti memenuhi empangannya, bertahun aku menyalahkan takdir yang tidak pernah sekali berprasangka buruk terhadapku, seringkali menidakkan kezahirannya sedangkan aku terlalu alfa mengejar kebatilannya..

semua yang terjadi disebalik tabir perjalanan chenta hearty biarlah menjadi kerahsiaan seluruh hidupku, andainya salah faham dan kecemburuan itu masih wujud, maafkanku sekali lagi...kecurangan dan kehancuran itu tidak pernah lansung terselit dalam doaku...bukan pintaku juga bukan izinku..mungkin manusia berhak untuk menghakimi, tapi aku sendiri belum tentu layak untuk merangkul gelaran peguambela itu..

catatan chenta hearty sudah sampai ke penghujungnya, chenta hearty tidak akan berkarya lagi selepas ini...terima kasih untuk sekalian yang ada, terima kasih jua untuk sekalian pengkritik dan terima kasih jua untuk sekalian tulang belakang chenta hearty...

dengan izin..chenta hearty memohon untuk mengundurkan diri...kesilapan lalu jadikan pedoman, keikhlasan pengorbanan jadikan penghias hidup, kehancuran bukan kemusnahan dan kebahagiaan juga bukan penentu kegembiraan...

masa akan menjadi penentu..kerana permulaan sesuatu itu pasti ada pengakhirannya...biarlah tamatnya disini..kerana ajalku telah datang menjemput dan kudratku bukan sekukuh dulu lagi untuk berceritera tentang chenta...sampai jumpa..jika umur ini masih lagi dibenarkan untuk menikmati cuma sedetik dari hidup ini...
terima kasih sekali lagi

eclazkan hati..
chenta hearty melabuhkan tirainya
menutup pena
menggulung tinta
tanggal 18 oktober 2010
3.53 pagi
10 zulkaedah 1431 H


"cinta sejati itu menyembuhkan...
bukan menyakiti.."



Saturday, September 25, 2010

♥ bagaikan sumpahan ♥

Entah rasukan apa, yang membawa i ke mid valley semalam, i sendiri pun tak tahu..banyak tragedi, hanya itu yang i mampu ungkapan, sedey kerana ada kalangan mereka-mereka yang hanya tahu mengungkit dan menuduh, tapi itu semua belum mampu untuk melonggarkan spiritual i..biarlah,mereka semua ada hak..selagi i maseh boleh bersabar..biarlah hanya dia dan dia yang tahu..cukuplah!

Laen yang dirancang,laen pula yang menjadi..mungkin kurang rempah dan ramuan..atau mungkin terlebih cedok garam dan gula..sehingga masin dan manes di sana sini, kalau mahu berstory di sini, rasanya tidak perlu, bimbang ada lagi mereka-mereka yang bersuara sumbang di luar sana..bimbang dikatakan sebagai  penglipur lara yang suka menjaja cerita dan mereka-reka itu dan ini..walhal realiti nyabukan begitu..i letih dan rasanya biarlah mulut ini terkunci tika ini, kebenaran akan muncul walaupun masanya sendiri belum tentu pasti..itu hakikat!

Lupakan seketika segala lara, jika dikutkan hati, mahu sahaja emosi menjadi tidak stabil, tapi tidak perlu terlalu diikutkan gelodak rasa hati..bukan berfaedah bahkan hanya menambah duka..bercerita sedikit tentang semalam..disebalik duka ada juga gembira...disebalik lara mungkin ada hikmah..siapa tahu bukan?



Segala duka dibawa pergi sekita, menonton filem MAGIKA bersama Suriya Sue di Mid Valley, diawalan cerita, sangat terhibur..lakonan Aznil sebagai Pak Pandir sungguh mencuit hati, tapi sayang watak yang kurang berkembang membuatkan watak itu hanya mati sebagai watak...begitu juga lakonan vanida imran sebagai Mahsuri...terlalu sedikit huraiannya, kerana hanya dua,tiga perkataan yang diungkapkan..mungkin agak kesuntukan masa kerana terlalu banyak watak yang mahu ditonjolkan..


aznil haji nawawi sebagai pak pandir


mawi dan diana danielle sebagai teraju utama



Lakonan Mawi atau Asmawi Ani sebagai Bad @ Badang harus mendapat pujian, kali kedua beraksi di layar perak selepas Jin Notti..rasanya berbaloi untuk Mawi...Pertama kali melihat aksi Mawi berambut panjang lagaknya seperti pahlawan Melayu...membuatkan i hampir terjatuh cinta..sangat kacak rupanya Mawi! ini bukan pujian semata..kalau tidak percaya,lihatlah sendiri!

Filem Magika mengishakan tentang Ayu  yang berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana ZAin .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad  yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.nasir, Maya Karin, Nabil , Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang, Norman Hakim, Kumpulan Senario dan Aznil Haji Nawawi.


  
agak sedikit berisi tika ini, tapi tidak mengapa..
rasanya makan nasi lebih baik dari makan hati

Habes menonton, berjalan seketika di Mid Valley, terlalu banyak kenangan di sini..manes dan pahit semuanya sebati menjadi satu..i mahu melupakan semuanya, tapi kotak minda yang bagaikan mesin masa terlalu sukar untuk dilenyapkan..rasanya langkah semalam, mungkin yang terakhir ke mid valley, i takkan ke situ lagi..mid valley hanya sebagai satu sumpahan dalam hidup, kebenaran atau hanya kebetulan..ini tetap yang terakhir..
.

Wednesday, September 22, 2010

♥ black and white ♥


Last Tuesday my frens and i when to "kompleks mahkamah kuala lumpur". I was there for the first time, agak teruja, walaupun terpaksa bangun seawal 5.30 pagi untuk meloloskan diri dari kesesakkan, demi assignment ethics kami rela berkorban segalanya..ponteng kelas satu hari weyhhh...warghh, baru terasa, betapa sangat terbestnyer memontengkan diri dari kelas..hik3 




Pintu masuk ke lobi utama, Kami sampai ke kompleks mahkamah around 8.00 a.m, sama waktu untuk kami ke kelas hari itu.., untung sabut timbul, untung batu tenggelam,kami sangat bernaseb baek pada hari tersebut kerana, perbicaraan kes anwar ibrahim yang sepatutnya diadakan pada hari semalamnya, di tunda pada hari itu, sangat bertuahkan dapat tengok perbicaraan kes berprofile tinggi secara live, siap dapat snap pic and bersalaman dengan datin seri wan azizah lagik, rasa agak teruja, sebab first time tengok mereka-mereka secara live, selalu tengok kat tv jer, but now dengan dua bijik mata yang sepet nie akhirnya dapat jugak tengok mantan TPM tu secara live...






Disebabkan kes anwar ibrahim adalah kes berfofile tinggi, pas khas diperlukan untuk ke dalam kamar bicara, pas pulak limited, sekali lagi kami sangat bertuah...tak sia-sia walaupun kami dapat tajuk assignment yang agak susah untuk subjek ethics




I with my partners & anwar ibrahim's lawyer, Sankaran A.Nair, sekali lagi tema black and white diperlukan di sini, beliau sangat mesra and siap bagi kami name card lagik...dan paling best beliau offer kami untuk chambering di firm beliau...boleh cuba naseb nie..he3




 erm..anwar ibrahim dikerumuni media yang sangat obses untuk dapatkan news, ramai yang tak dapat masuk sebab tempat yang terlalu limited..terpaksalah tunggu di luar kamar bicara untuk dapatkan news




Owh i really love this pic!Bergambar dengan defendant's counsel yang sangat hensem, pic anak tangga nie, di snap oleh akhmar, cantik sangat, even i lah manusia terpendek di situ! sangat menyesal tak pakai kasut tumit 3 inci..hu3
[my frens cakap muka dia macam si hero kacak fahrin ahmad]




dalam perjalanan pulang kami bertemu dengan en.lotus, tapi bukan bunga lotus okeh...




kami sedang mengejar kereta berwarna oren itu...speed...speed...jangan speed trap sudah




akhirnya kami dapat tangkap kereta oren itu...maknanya kereta satria GTi kami lagi power kan?percaya tak..?ermm..tak perlulah percaya kot, sah-sah memang pembohong, sebenarnya pemilik kereta oren tu yang perlahankan kereta beliau, supaya kami dapat snap pic kereta beliau...sangat baek hearty bukan? i rase beliau pun giler glamer macam i jugak..yang suka letak gambar sendirik banyak-banyak dalam belog..he3, terima kaseh untuk pemilik kereta oren..=)


p/s: ada beberapa pic canteks yang tidak dapat diupload disini, demi menjaga kepentingan umum,cukuplah sekadar ia dijadikan koleksi peribadi kami..=)

Saturday, September 4, 2010

♥ Iftar With Sayangs ♥

Hari nie, first tyme datang ke majlis berbuka puasa anak johor (PERMAJ), untuk pertma kalinya i rasa sangat excited untuk datang ke majlis nie, even setiap tahun ada  jer invitation sebab my frens orang kuat PERMAJ, tapi untuk jemputan kali keempat dari my fren, rasanya macam dah tak larat nak tolak, lagipun makan free kan, apa salahnya..rezeki jangan di tolak...=)




Dah namanya pun jamuan berbuka puasa, mestilah ada ketupat olok-olok, saje snap pic, sebab time nie tengah tunggu waktu bukak puasa...




Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri merangkap ahli parlimen Pontian, orang kampung tu, lagi excited nak pergi kan,...even i bukan asli orang pontian, tapi sebab sekolah kat sane, kira boleh masuk jugak status orang kampung...he3...waktu tengah kusyuk suap makanan dalam mulut, tiba-tiba ada someone buat pengumum, bagithu siapa-siapa yang dah berumur 21 tahun+++, silalah daftar mengundi dekat kaunter yang disediakan di luar dewan, terkedu  sekejap i, kira-kira umur i..opppsss dah masuk 23 tahun...i tak daftar lagi dengan spr nie..!!



saya lapar...!!!

suriya sue, mantan orang-orang kuat permaj, nielah orang yang tak pernah jemu-jemu ajak i pergi join bukak puasa dengan permaj, tapi serious best hari nie, i enjoy sangat, even mata macam tak boleh nak bukak sebab tido lewat semalam, tapi sangat berbaloi untuk join majlis nie, sayang kat ko sue...=)




Yang nie, of coz lah i, naseb baek i pakai spec hari nie, bolehlah cover siket eye bag kat bawah mata, kalau nak tido pun tak perasan, sebab boleh cover dengan spec, satu kelebihan jugak untuk minah specky macam i nie kan...he3








Orang-orang belakang tabir PERMAJ, sebenarnya i tak berapa kenal diroang, tapi not bad lah, sebab diorang nie sangat-sangat peramah, siap hantar i balik sampai kolej guna toyota vios lagik...kereta baru lagi pulak tu..rasa macam bau kedai jerk..btw..thanx sebab hantar i balik, kalau tak mesti kena menapak kan...




kualiti pic yang tak berapa sangat nak okeh, tapi xpela...at least ada jugak kenangan di penghujung ramadhan untuk kali terakhirnya di ukm, syahdukan, rasa nak menages pun ada, sangat-sangat terharu kerana ramadhan kali ini lebih terisi dari ramadhan yang lalu...esok i akan pulang ke kampung, maknanya inilah ramadhan terakhir di ukm...tak akan ada lagi selepas nie, semuanya akan tinggal kenangan...memori terindah yang i akan simpan hingga ke akhirnya..i akan merindui semuanya di sini, merindui mereka-mereka, dan merindui hidup sebagai mahasiswa....



memories
FUU & TESoL




Pic i without my cermin mata...nampak berbeza kan? tapi i lebih suka untuk tidak memakai cermin mata, sebab agak rasa sedikit bebas..., oleh sebab kerana terlalu bebas, ada seorang mamat asyik pandang i dari start i masuk dewan, i bangun, i duduk, i pergi solat...hai mata dia asyik pandang i jer, mula-mula i ingat i yang perasan, tapi bila my fren bagithu benda yang sama, okeh dah terang i memang tak perasan...i jadik rimas, sebab nak makan pun sangat tidak selesa,lagi-lagi that guy duduk betul-betul berdepan dengan meja yang i duduk...dan paling tak bestnyer waktu majlis tu dah nak tamat, tiba-tiba mamat tu datang duduk dekat meja i..betol-betol depan i...saje jerk kan....naseb baek dia tak tegur i, cuma pandnag jerk..yer cuma pandang jer..tapi i rasa macam u nak telan i..!




i dengan kawan i duduk di meja no. 24 dan that guy yang macam tengah stalker i tu, berada di meja no.14..meja berdepan dengan meja no.24..owh..i rase sungguh misteri hari nie, dan sampai sekarang, i maseh tengah menggeledah satu persatu kawan fesbuk i..manalah tahu dia salah seorang dari mereka..tapi maseh tak berjumpa hingga kini..misterinya..!!




di kesempatan ini, i nak ucapkan,
selamat hari raya untuk semua bloggers...teman-teman dan insan-insan yang disayangi
maaf zahir dan batin..
dan selamat balik kampung...
eclaz dari...

CHENTA HEARTY

Saturday, August 28, 2010

♥ Jalan-jalan ♥



Hari ini ke jalan TAR dan Masjid India, teropong-teropong carik baju raya...carik punyer carik akhirnya dapat sehelai baju kurung moden kaler biru muda..simple tapi nice la...i suke taw.! he3, Rasanya sepanjang 23 kali sambut aidilfitri, nie la first tyme, pakai baju kurung kaler biru untuk first day raye. Oleh kerana my family tak pernah letak tema untuk baju raya...so, agak okeh untuk maen beli dan pakai, janji cantik di mata dan jugak cantik di hearty..:p



Jalan TAR memang agak sesak selalu...nak-nak tyme bulan puasa, siang tadi hampir tak boleh jalan, naseb baek la pergi berdua, aku kepit jer tangan kawan aku kuat-kuat, janji aku nampak dia, dia nampak aku...rase nak patah kaki pun ada jugak. sampai dua tiga kali gak pusing tempat yang sama, sebab tak jumpa yang nak dicari, kesian kawan aku, terpaksa menemani aku yang sangat cerewet bila nak pilih baju, yer la..dari masjid india sampailah ke jalan tunku abdul rahman, susahnya nak jumpe kedai yang jual baju saiz extra s, kalau ada pun warna and design tak cantik...kesian kan kat aku..tu la, badan kecik sangat..next time punyer raya punyer raya aku rase nak beli baju saiz budak kecik jer, senang siket nak membeli, tak ler complicated sangat...hearty senang, kaki pun tak penat..he3


Cantikkan kan?clasicc jer, masjid india namanye,tadi ingat nak solat zuhur kat sini, tapi ramai sangat orang, then cari pulak surau kat sogo, ramai jugak orang, last2 sekali solat kat stesen KTM bank negara..naseb baek la, tak berapa penuh time tu...boleh lah solat dengan tenang

And hari nie jugak, first time dengar dekat Malaysia nie, khutbah jumaat disampaikan dalam bahasa tamil dekat masjid india, tak tahu la oramg melayu and kaum lain faham atau tidak, bab yang tu aku tak berapa nak pasti, mungkin konsep satu Malaysia agaknye...=)

Teringat kat sorang penjual di jalan Tar, "tak larat la nak citer panjang-panjang hari nie, saya puasa",dan aku slumbernyer jawab," abes tu hari-hari laen tak puasa ke abang?"...sengeh jer abang tu, tanpa sebarang jawapan...