Entah rasukan apa, yang membawa i ke mid valley semalam, i sendiri pun tak tahu..banyak tragedi, hanya itu yang i mampu ungkapan, sedey kerana ada kalangan mereka-mereka yang hanya tahu mengungkit dan menuduh, tapi itu semua belum mampu untuk melonggarkan spiritual i..biarlah,mereka semua ada hak..selagi i maseh boleh bersabar..biarlah hanya dia dan dia yang tahu..cukuplah!
Laen yang dirancang,laen pula yang menjadi..mungkin kurang rempah dan ramuan..atau mungkin terlebih cedok garam dan gula..sehingga masin dan manes di sana sini, kalau mahu berstory di sini, rasanya tidak perlu, bimbang ada lagi mereka-mereka yang bersuara sumbang di luar sana..bimbang dikatakan sebagai penglipur lara yang suka menjaja cerita dan mereka-reka itu dan ini..walhal realiti nyabukan begitu..i letih dan rasanya biarlah mulut ini terkunci tika ini, kebenaran akan muncul walaupun masanya sendiri belum tentu pasti..itu hakikat!
Lupakan seketika segala lara, jika dikutkan hati, mahu sahaja emosi menjadi tidak stabil, tapi tidak perlu terlalu diikutkan gelodak rasa hati..bukan berfaedah bahkan hanya menambah duka..bercerita sedikit tentang semalam..disebalik duka ada juga gembira...disebalik lara mungkin ada hikmah..siapa tahu bukan?
Segala duka dibawa pergi sekita, menonton filem MAGIKA bersama Suriya Sue di Mid Valley, diawalan cerita, sangat terhibur..lakonan Aznil sebagai Pak Pandir sungguh mencuit hati, tapi sayang watak yang kurang berkembang membuatkan watak itu hanya mati sebagai watak...begitu juga lakonan vanida imran sebagai Mahsuri...terlalu sedikit huraiannya, kerana hanya dua,tiga perkataan yang diungkapkan..mungkin agak kesuntukan masa kerana terlalu banyak watak yang mahu ditonjolkan..
aznil haji nawawi sebagai pak pandir
Lakonan Mawi atau Asmawi Ani sebagai Bad @ Badang harus mendapat pujian, kali kedua beraksi di layar perak selepas Jin Notti..rasanya berbaloi untuk Mawi...Pertama kali melihat aksi Mawi berambut panjang lagaknya seperti pahlawan Melayu...membuatkan i hampir terjatuh cinta..sangat kacak rupanya Mawi! ini bukan pujian semata..kalau tidak percaya,lihatlah sendiri!
Filem Magika mengishakan tentang Ayu yang berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana ZAin .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.nasir, Maya Karin, Nabil , Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang, Norman Hakim, Kumpulan Senario dan Aznil Haji Nawawi.
Filem Magika mengishakan tentang Ayu yang berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana ZAin .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.nasir, Maya Karin, Nabil , Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang, Norman Hakim, Kumpulan Senario dan Aznil Haji Nawawi.
agak sedikit berisi tika ini, tapi tidak mengapa..
rasanya makan nasi lebih baik dari makan hati
Habes menonton, berjalan seketika di Mid Valley, terlalu banyak kenangan di sini..manes dan pahit semuanya sebati menjadi satu..i mahu melupakan semuanya, tapi kotak minda yang bagaikan mesin masa terlalu sukar untuk dilenyapkan..rasanya langkah semalam, mungkin yang terakhir ke mid valley, i takkan ke situ lagi..mid valley hanya sebagai satu sumpahan dalam hidup, kebenaran atau hanya kebetulan..ini tetap yang terakhir..
.




3 kata-kata chenta:
loh..jgn pk sgt la.. & jgn try nak forget pun.. bnda da jadi kn..jadi la.. +ve!+ve! tade pape pun actually. just smile & move on.. u knw. cinta ni like a cycle. when u love, normally u hurt.bile dah hurt, u akan rase benci sgt kan.. & when u hate, u try to frget. & bile u start to frget u akan start missing. bile u start missing tula u eventually will fall in love again. so, dont try to frget..stat a new relation betul2 as fren.. pasti sume bahagia.. :)
love is not like a cycle..but a promise! when sme1 break the promise, nothing much i can do dear..
love n love..
u what..?
i really hate love..
hu3~~~
speechless. *sigh*
Post a Comment