Monday, October 18, 2010

♥ ajalku sudah tiba ♥

tubir mataku pecah jua malam ini, entah mengapa sayunya hingga ke lubuk hati. lagaknya bagai menonton satu lakonan cereka yang begitu menyentap seluruh hatiku..sudah terlalu lama rasanya tidak berperasaan sebegini. mungkin aku si gadis besi, yang nampaknya kuat diluar tapi rapuh didalamnya..lambat-lambat pasti akan lentur jua dipenghujung cerita

selalu terlupa, bahawa aku juga manusia biasa yang punya naluri seperti mereka, angkuhnya jika mahu menidakkan semua itu, malam ini biarlah semuanya aku khabarkan disini, mengharapkan segala persoalannya terungkai di sini..mengharapkan jawapan ini membawa noktah untuk segalanya

aku memulakannya kerana cinta dan kuputuskan jua untuk mengakhirinya dengan sebutir mutiara cinta yang akan kusimpan hingga ke akhirnya..melepaskan seseorang yang amat aku cintai, bukan satu urusan dunia yang mudah bagiku..sesungguhnya aku bukan manusia yang mahu berdrama tentang kesakitan hati sendiri..bagaikan sebuah boneka, sungguh realitinya aku sangat terseksa di sini..

bertahun halusinasi air mata ini tidak pernah berhenti memenuhi empangannya, bertahun aku menyalahkan takdir yang tidak pernah sekali berprasangka buruk terhadapku, seringkali menidakkan kezahirannya sedangkan aku terlalu alfa mengejar kebatilannya..

semua yang terjadi disebalik tabir perjalanan chenta hearty biarlah menjadi kerahsiaan seluruh hidupku, andainya salah faham dan kecemburuan itu masih wujud, maafkanku sekali lagi...kecurangan dan kehancuran itu tidak pernah lansung terselit dalam doaku...bukan pintaku juga bukan izinku..mungkin manusia berhak untuk menghakimi, tapi aku sendiri belum tentu layak untuk merangkul gelaran peguambela itu..

catatan chenta hearty sudah sampai ke penghujungnya, chenta hearty tidak akan berkarya lagi selepas ini...terima kasih untuk sekalian yang ada, terima kasih jua untuk sekalian pengkritik dan terima kasih jua untuk sekalian tulang belakang chenta hearty...

dengan izin..chenta hearty memohon untuk mengundurkan diri...kesilapan lalu jadikan pedoman, keikhlasan pengorbanan jadikan penghias hidup, kehancuran bukan kemusnahan dan kebahagiaan juga bukan penentu kegembiraan...

masa akan menjadi penentu..kerana permulaan sesuatu itu pasti ada pengakhirannya...biarlah tamatnya disini..kerana ajalku telah datang menjemput dan kudratku bukan sekukuh dulu lagi untuk berceritera tentang chenta...sampai jumpa..jika umur ini masih lagi dibenarkan untuk menikmati cuma sedetik dari hidup ini...
terima kasih sekali lagi

eclazkan hati..
chenta hearty melabuhkan tirainya
menutup pena
menggulung tinta
tanggal 18 oktober 2010
3.53 pagi
10 zulkaedah 1431 H


"cinta sejati itu menyembuhkan...
bukan menyakiti.."



4 kata-kata chenta:

Miss Ika said...

ala,
bakpenye.
xbeh r gini. huhu

chenta hearty said...

yunk..sgt merindui blog ini...
tp keputusan dah pn dibuat..
berpegang pada prinsip itu semestinya...
insyaAllah suatu hari nanti mungkin..=)

Tie HT said...

nice blog..nape nak berenti?

chenta hearty said...

sbb sy perlu untuk berhenti...