"kami mahu papa dan mama pulang", sayunya waktu baca artikel nie..9 beradik dari kuala krai, setia menanti kepulangan kedua ibu bapa yang telah meninggalkan mereka setahun lalu,seminggu selepas lebaran,menyayat hati bukan, kisah 9 beradik ini..?tiba-tiba aku rasa sangat pilu, pagi-pagi lagi aku dah teresak-esak sendiri, semua kes yang aku baca berlalu macam tu jerk, entah melekat atau tidak aku pun tak berapa nak pasti..otak tengah blurr..!
Lepas subuh, terus call akak aku, tanye mak aku, n ayah aku semua ok tak? sihat tak..? kucing-kucing pn aku tanya sekali, aku rindukan diorang sebenarnya. Bila dengar suara mak ayah aku yang riuh rendah kat hujung talian, terubat siket rindu, yang banyak-banyak rindu tu, aku simpan time raya nanti, nak peluk diorang kuat2...nak kucup tangan diorang, nak mintak ampun banyak..Ya Allah, banyaknya dosa aku..
Waktu call akak aku tadi, sibuk bercerita pasal kuih raya, dah tempah tart gulung nenas and kuih bangkit (kuih wajib ayah aku), semua macam nak tempah jerk, aku cuti pun last2 dah nak dekat raya, tak tahu lah menyempat atau tak nak buat kuih wajib "almond london", tahun lepas buat kuih tu sampai dua kali, sebab dah habes..kira aku terror gak ler bab membuat kuih nie kan..(saje nak kembang kempiskan diri sendiri), sampaikan ada classmate aku yang nak tempah kuih raya kat aku, dalam otak dah berangan nak buat business kuih raya, kaya makcik macam nie..he3
Kepulangan yang dinanti
Bergema suara takbr di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
betapa hatimu terharu
menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
melambai anakmu kembali
Dalam dakapan dikeheningan maya
pertemuan yang menyentuh dijiwa
sekian lamanya terpisah
harapan kini menjadi nyata
Kiranya perpisahan terjadi lagi
anakmu pergi mencurahkan bakti
doamu teriring selalu
semoga bertemu kembali
~ aman shah~
Hari nie melayan lagu raya satu hari, terlalu excited nak raya walaupun baru 12 ramadhan, pesanan khas untuk mereka-mereka yang dah lama tak jenguk-menjenguk mak ayah kat kampung tu, pergi la luangkan masa untuk mereka, mak ayah hanya ada satu..takkan ada gantinya, diorang penawar diorang jugalah duka..sayangi mereka sebelum terlewat, eclaz dari chenta hearty,....=)

0 kata-kata chenta:
Post a Comment