Showing posts with label bebelan hati. Show all posts
Showing posts with label bebelan hati. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

♥ mari berbogel ♥

hasil dari cik GOOGLE
cantik, menarik, tertarik
dan sedap dimakan




i tergoda u..
awww...
seksinya!




  

drama queen nak muncul...
dayang-dayang
sila ambil posisi




kes kepanasan melampau
"i rasa yang itu nampak lebih sedap"
resepi baru ke?




tutup pakai kek pun jadilah
janji tak nampak
:p





hitam atau putih hati manusia
siapa yang tahu bukan?
kenapa menaruh dendam
kalau silap itu datangnya dari khilaf sendiri
kenapa menjaja cerita
kalau prasangka itu beraja di hati sendiri?


rasanya berbogel itu lebih baik anggappannya
kalau yang berbaju itu sendiri belum tentu menutup aibnya

♥♥♥

renung-renungkan

>,<

Saturday, August 28, 2010

♥ Kad Raya ♥

cik sue, yang sangat khusyuk tulis kad raye..sampaikan aku snap pic die pun tak perasan

Tarikh terakhir aku tulis kad raya adalah dua tahun lepas, masa tu aku beli dua keping kad raya, satu untuk my bf (but now..my ex-bf), then satu lagi untuk my family kat kampung..simple jer kad raya tu, xad music and bukan jenis saiz besar, sedang-sedang jerk, tapi nice sangat design die, of coz la, i choose warna pink, even my ex-bf tu lelaki, tapi bagi i..pink tu kan tandanya sayang tambah romantik lagi...he3...^_^

Dulu time sekolah, rajen jugak tulis kad raya, zaman tu kad raya design2 die biasa2 jer, tepek gambar ketupat sebijik dah jadiklah kad raya, harga pun tak berapa mahal, 20 sen pun dah boleh dapat kad raye..tapi kalau nak compare dengan zaman sekarang, dengan 20 sen tu, sampul kad raya pun belum tentu dapat kn? tu belum termasuk setem lagi, kalau nak antar seberang laut lagi la, macam2 charge ada...

era 90-an dulu, kalau dapat kad raya cam nie, kira dah sangat cantiklah tu


Zaman sekolah dulu, kalau nak antar kad raya by hand jerk, tak payah nak maen pos-pos nie, yer la, lagiun mana ada budget time 2, duit poket pn mak ayah tanggung, buat ala kadar jer la, janji e-claz nak bagi..kn3?Langkah paling praktikal untuk antar kad raya:

  • selit kat dalam buku teks member, kalau member yang rajen, diorang jumpe la kad raye korang,kalau tak rajen, tahun depan baru kad raye korang sampai 
  • Boleh jugak, letak kad raye tu kad dalam beg sekolah diorang, tapi pastikan jangan sampai kantoi yer
  • nie, tips untuk bagi kad raya untuk si pencinta monyet time sekolah dulu, suruh bestfren bf/gf sampaikan, nak bagi sendiri konon-konon malu, so cara nie lebih praktikal, belanja jer aiskrim 2o sen, confirm beres lah!
  • kad bawah page kad raya 2 jangan lupe tulis pantun, tak payah yang advance sangat, simple-simple macam nie jer:

            pecah kaca pecah gelas,
              sudah baca harap balas... 

 [sila boldkan and tulis besar-besar; guna marker kalau boleh]

After dah baca pantun tersebut, insyaAllah kad raye korang akan berbalas, kalau tak berbalas jugak, tu tandannya orang yang dapat kad raya tu, memang taik hidung masin...naseblah lah kan, sape suruh kau tak e-claz lagik?

Yang tu kisah zaman dulu, tapi zaman era canggih-manggih nie, dah tak ramai yang gune cara konvensional untuk antar kad raye nie, banyak cara yang lebih mudah, termasuklah antar kad raye guna email dan nak senang lagi, antar jer guna mms, kad raye still kad raye, cuma caranya sahaja yang berbeza, tapi niatnya juga masih tetap sama..mahu eclazkan hearty mohon kemaafan...=)



boleh jugak letak pic korang untuk muka depan kad raya, cantkkan? aku pun nak buat satu tahun nie, he3

okeh, yang nie agak menarik, kad raye dengan kad kawen sekali, memang jimat kos, 2 in 1


          

Tuesday, August 24, 2010

♥ Kamu Terdesak Kerana Chenta? ♥

TIdak perlu terlalu terdesak kerana cinta
Cinta nafsu tidak menjanjikan syurga untuk kamu
Cinta hakiki dan kekal
Hanya pada Tuhan yang satu


Kalau wanita sering kali dilabel materialistik atau bahasa mudahnya mata duitan dalam memilih pasangan hidup, bagaimana pula dengan lelaki?kebanyakan lelaki dikaburi paras rupa dan bukannya hearty budi bukan? mungkin tidak semua mereka begitu, tapi itulah realitinya sebahagian dari mereka..tepuk dada tanyalah minda, biarkan akal yang berfikir untuk mengawal nafsu dari terus menjahanamkan diri...

Mungkin ramai yang telah menonton video"bertajuk apabila harta dipandag tinggi", kisah seorang wanita yang meninggalkan tunangnya kerana mahu hidup senang lenang dalam kemewahan, ke mana perginya setia hearty wanita ini, terlalu mudah dibeli dengan wang ringgit, bukankah katanya, kalau berkasih biarlah sehidup semati..dan berchenta biarlah sepanjang hayat? hanya sekadar kata-kata manes dari lidah yang sebenarnya tidak pernah benar dalam berkata dan selalu berdusta bila berjanji...

Lidahku seakan kelu. belajar dari pengalaman sendiri, aku sendiri pernah membohongi janji itu..kesannya, aku sudah merasai keperitannya, yang jahat tetap dibalas jahat, cuma lambat atau cepat kita sendiri tidak pasti. Tetapi dalam kisah yang dipaparkan dalam video tersebut, aku tidak menyalahkan 100% wanita tersebut, mungkin beliau ada sebab tersendri mengapa pertungan tersebut diputuskan, tapi mungkin caranya sahaja yang agak tersangat tidak bersopan, apatah lagi rancangan yang dikendalikan oleh dr.Love di Xfm boleh didengari seluruh masyarakat dan malahan boleh diulang siar...mengaibkan bagi lelaki dan wanita tersebut, mungkin simpati pada lelaki ini..kerana kondisinya tidak sehebat pengganti tempatnya nanti, bersabarlah duhai en,samad, mungkin jodohmu sudah ditetapkan bukan dengan cik. shyeril..dan Tuhan pasti menjanjikan jodoh yang lebih berganda baeknya untuk kamu...



Pada mereka-mereka yang mengalami naseb yang sama seperti kisah diatas, tidak perlulah desperate mencari cinta yang baru..insyaAllah yang terbaek itu selalu untuk yang terbaek..lupakan segala nostalgia lama dan binalah hidup baru..


tidak salah untuk menjadi single..
lebih senang heartynya dan lebih lapang jiwanya...
=)

Sunday, August 22, 2010

Kepulangan Yang Dinanti..


"kami mahu papa dan mama pulang", sayunya waktu baca artikel nie..9 beradik dari kuala krai, setia menanti kepulangan kedua ibu bapa yang telah meninggalkan mereka setahun lalu,seminggu selepas lebaran,menyayat hati bukan, kisah 9 beradik ini..?tiba-tiba aku rasa sangat pilu, pagi-pagi lagi aku dah teresak-esak sendiri, semua kes yang aku baca berlalu macam tu jerk, entah melekat atau tidak aku pun tak berapa nak pasti..otak tengah blurr..!

Lepas subuh, terus call akak aku, tanye mak aku, n ayah aku semua ok tak? sihat tak..? kucing-kucing pn aku tanya sekali, aku rindukan diorang sebenarnya. Bila dengar suara mak ayah aku yang riuh rendah kat hujung talian, terubat siket rindu, yang banyak-banyak rindu tu, aku simpan time raya nanti, nak peluk diorang kuat2...nak kucup tangan diorang, nak mintak ampun banyak..Ya Allah, banyaknya dosa aku..

Waktu call akak aku tadi, sibuk bercerita pasal kuih raya, dah tempah tart gulung nenas and kuih bangkit (kuih wajib ayah aku), semua macam nak tempah jerk, aku cuti pun last2 dah nak dekat raya, tak tahu lah menyempat atau tak nak buat kuih wajib "almond london", tahun lepas buat kuih tu sampai dua kali, sebab dah habes..kira aku terror gak ler bab membuat kuih nie kan..(saje nak kembang kempiskan diri sendiri), sampaikan ada classmate aku yang nak tempah kuih raya kat aku, dalam otak dah berangan nak buat business kuih raya, kaya makcik macam nie..he3


Kepulangan yang dinanti

Bergema suara takbr di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
betapa hatimu terharu
menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
melambai anakmu kembali

Dalam dakapan dikeheningan maya
pertemuan yang menyentuh dijiwa
sekian lamanya terpisah
harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
anakmu pergi mencurahkan bakti
doamu teriring selalu
semoga bertemu kembali

~ aman shah~

Hari nie melayan lagu raya satu hari, terlalu excited nak raya walaupun baru 12 ramadhan, pesanan khas untuk mereka-mereka yang dah lama tak jenguk-menjenguk mak ayah kat kampung tu, pergi la luangkan masa untuk mereka, mak ayah hanya ada satu..takkan ada gantinya, diorang penawar diorang jugalah duka..sayangi mereka sebelum terlewat, eclaz dari chenta hearty,....=)

Friday, June 18, 2010

Hari Pembalasan

Hari nie last day parktikal..giler seronok sebab lepas nie tak payah susah nak membangunkan diri awal-awal pagi..mandi air sejuk, breakfast sampai perut dah jadi muncit..dan pakai perfume yang boleh bau satu pontian...giler wangi aku..pontianak pun naek tegak bulu roma..he3...

Pagi-pagi lagi aku rasa sangat teruja nak pergi keje...jarak dari rumah ke ofis yang dalam tempoh 45 minit untuk dilalui dah rasa macam dekat sangat..macam tepi rumah jer aku rasa..yer la..hari-hari dok melingkar dalam kete sambil buat taik mata...memang sangat best rasenyer hari-hari ada orang tolong bawak kete...sangat syok melukis peta jerman sambil ditemani bantal pooh kaler pink..ha3...sangat-sangat lah menyeronokkan..sedap sehingga menjilat-jilat air liur...he3..

Bercerita tentang tempat praktikal aku...sememangnya sangatlah happening di sini...mereka semua memang baek hearty..murah senyuman...dan jugak selalu sangat bagi aku makan free...(kempen menabung tyme minggu praktikal)..waktu mula-mula sampai sini dulu..agak kecut jugak sebab staff-staff kat sini muka serius memanjang...tapi dua hari lepas kenal diorang...jiwa dah jadik mesra..hati dah jadi sebati...dan ofis nie..macam aku yang punya...!!

Banyak pengalaman aku kutip kat sini..tapi tyme best bile dapat jadik jurubahasa sementara...walaupun tak bergaji...dan terpaksa duduk dalam open court yang bersuhu peti ais..aku tetap gembira..sebab apa aku gembira...ada la..tak boleh nak share kat sini..sebab takut ada mulut becok yang tuduh aku sengaja nak curik perhatian ehem-ehem die...adoyaiii..penin-penin..!!

Dari kes sivil sampailah criminal...semua perbicaraan aku dah lalui...tapi paling menyayat hearty tyme kes juvana...boleh meleleh air mata macam tyme tengok citer hindustan karan arjun...macam-macam babak filem ada...dan macam biasa lah mereka semua nie dah boleh jadik pemenang anugerah oscar..maklum jer la pelakon lelaki dan wanita terbaek..macam-macam rayuan aku dengar dari pesalah bila tibe hukuman nak dijatuhkan..dan paling famous..."saya nak jaga mak..anak-anak..saya orang susah"..(boleh la praktis skrip nie..kalau ada rasa nak jadi OKT after dis)...sangatlah bermuka simpati bile mintak kurang hukuman...tapi bila buat jenayah tak pernah nak beringat pulak..! haisshhh..sungguh tak bertamadun..!! Ini baru bab rayuan..dan paling menyakitkan hati..ada seorang OKT dengan selamber rock kapak jawab macam nie..."saya rogol dia sebab die bukannya suci lagi...orang laen dah rasa..saya pun teringin jugak..."..pengakuan seorang pakcik yang merogol anak saudaranya sendiri..sangatlah jujur pengakuan OKT tu..sampaikan aku rasa nak bagi penampar free jerk...tapi takpe la...chenta...sabar jer la...tak perlu kotorkan tangan untuk orang macam nie..kite tetap ada undang-undang..yang jahat tetap dibalas jahat..esok atau lusa..masa pembalasan itu tetap ada..so..beringatlah..!!!





"hari ini kita gembira dengan apa yang kita miliki...tapi esok kita mungkin akan bersedih kerana memilikinya"


Monday, June 14, 2010

Dia Hanya Satu..kalaupun ada dua..takkan sama dengan yang satu...

Rasa sayang nak meninggalkan semuanya...seperti baru semalam mereka mengucapkan selamat datang..6 minggu yang dilalui hampir sampai ke hujungnya...kamar Mahkamah akan ditinggalkan..terasa sayu hearty...tapi nak buat macam mana kan...? lambaian UKM semakin menjenguk hearty...kerana yang disana juga bakal ditinggalkan tidak lama lagi...moga semuanya dipermudahkan hendaknya..

Terlalu banyak yang nak diceritakan...tapi mungkin tak muat nak kongsi semuanya disini..blog yang bersaiz kecil tak mampu nak menzahirkan semuanya...ketika menulis entri ini...teringat seorang kakak yang terlalu emosi sewaktu hukuman dijatuhkan ke atas anaknya yang masih lagi berada di bawah umur...terasa sayu bila si ibu tidak lagi sanggup untuk menjamin anaknya lagi...walaupun itu hanya kesalahan pertama si anak...hanya perasaan marah yang menyelubungi si ibu...kejam atau tidak itulah realiti hidup...pepatah selalu menyebut ibu mana yang tidak sayangkan anaknya...? melihat si anak tersebut menangis hingga meruntun jiwa seisi mahkamah...tapi air mata si anak hanya sia-sia.. tidak langsung mencuit walaupun secubit hati si ibu..di hearty tertanya-tanya....tidak ada lagikah sedikit rasa sayang dihearty si ibu...? walaupun sehina mana pun si anak...seluas lautan pun dosa yang dilakukannya...dia tetap darah daging si ibu...9 bulan berkongsi jasad dan nyawa..duhai ibu..mungkin kamu punya anak lain untuk disayangi..tapi Tuhan itu selalu adil pada umatNya ,anak yang kamu tinggalkan pergi itu mungkin anak yang akan membawa kamu ke pintu syurga nanti...hari ini mungkin kamu benci padanya..tapi esok kamu mungkin akan rindu padanya..

Dari jauh aku pandang wajah kecil itu...perasaan simpati dan sayu menyelubungi jiwa...tiada apa yang mampu dilakukan...berkali-kali Tuan Nazri...bertanya..."Puan tak mahu menandatangani bon jaminan bagi anak puan"..berkali-kali soalan yang sama diajukan..berharap sesaat yang datang pasti akan membawa satu sinar..tapi sayang...tembok keeogaan hearty si ibu terlalu sukar untuk diruntuhkan... samada undang-undang atau realiti yang kejam pada hidup kanak-kanak tersebut...si ibu sendiri yang memilihnya...A atau B itulah takdirnya...

Hatiku rasa sangat tersentuh saat itu,sisanya masih berbekas hingga kini...dan kerana aku sendiri seorang perempuan yang bakal menjadi ibu..alangkah bertuahnya aku punya seorang ibu yang sangat menyayangiku...punyai ibu yang masih mahu merinduiku walaupun aku sering kali melukakan heartynya..."mak...yan sayangkan mak..! "



Saturday, April 17, 2010

Perginya Tak Kembali


sila klik pada imej..untuk berita lanjut

T
akziah kepada keluarga allahyarham Achik spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari..al fatihah..datangnya tanpa diduga...perginya juga tanpa bicara, terdetik hati ini untuk menulis sesuatu, walaupun otak ini seakan berhenti berfungsi akibat keterlanjuran membaca beratus-ratus kes untuk final exam..tapi malam ini otak ini menghidupkan nadinya semula...berdegup-degup..bagaikan jantung lagaknya..tirai yang berlabuh..dibuka kembali

Hari ini mungkin kita hidup untuk mengingati orang yang telah tiada, tapi esok mungkin kita akan ditinggalkan kerana kita telah tiada...kita selalu terlupa kerna kita sering meninggalkan...sering alfa tatkala yang baru muncul...sering terhantuk tatkala yang lama telah meninggalkan..tapi tatkala kita ditinggalkan..tatkala kita dibiar lesu...melukut di tepi gantang..dibiarkan tanpa sesipi pandangan...tika itu terasa diri ini sungguh kerdil rupanya... seharusnya diri ini perlu mencari..mencari sesuatu yang pernah ditinggalkan dahulu...terasa menyesal kerna berhenti berfikir tentang semalam...terasa tewas kerna membiarkan hari ini terus hanyut meninggalkan yang semalam..

Tapi bukankah masa itu tidak boleh diputar kembali...kita bukan seperti mesin masa doraemon, mahu memutarkan setiap masa yang berlalu...kerana itu seharusnya tidak mungkin dan tidak akan pernah terjadi..andainya hari ini memberikan kita senyuman..jangan sesekali kamu melupakan tentang semalam..kalau semalam itu tiada hari ini pasti juga tiada..titik nokhtahnya bermula di situ...

Tatkala menulis entri ini, hati ini dibelit rasa sayu..aku serndiri terkadang alfa dari mengingati senalam..terkadang aku merasa begitu benci dengan semalam...mengapa begitu? sedangkan semalam itu sendrii yang melahirkan aku hari ini..aku masih menunggu datangnya pelangi hari ini..masih tertunggu dan akan terus menunggu...walaupun hujan telah berhenti...kenapa pelangi masih belum muncul..akukah yang terlewat..ataukah pelangi itu sebenarnya cuma datang pabila semalam itu datang..?

Pada yang telah pergi meninggalkan kita..sedekahkah al-fatihah buat mereka,..pada yang masih dibenarkan oleh Tuhan untuk menikmati hari ini..bersyukurlah...!!sebelum menutup entri hari ini, bacalah entri dari seorang ibu..[entri yang aku dapat juga dari seorang blogger]..entri yang sangat menyayat hati para pembaca .aku fowardkan untuk tatapan bersama..LOSING A CHILD IS EVERY PARENTS NIGHTMARE



Sunday, April 11, 2010

Exam

Study week selamat menutup tirainya hari ini...sediakan otak yang sihat teman-temanku untuk peperangan yang akan meletus di UKM esok..pastikan mata pen kamu cukup asahannya, cukup tajam seperti mata pedang, tapi jangan terlebih asah pulak, takut terkoyak kertas exam tu nanti..gud LUCK korang semua...!!

batch 23rd FUU



andik

miera


pada sesiapa yang tak dimentionkan disini namanya, 
sila jangan kecik hearty..
kerana korang semua still di heartyku..

lebarkan senyuman
kuatkan hearty
asahkan minda dan akal
tawakal dan usaha
insyaAllah 'A' dalam tangan

SELAMAT BEREXAM..




random pic..!!tengoklah nota companyku yang sangat berwarna-warni itu...kuning,biru,hitam dan jugak MERAH JAMBU..!! 1 MALAYSIA wehh... wish me luck untuk paper company dis TUESDAY..!!!

- P/s:dan hari nie, nak umumkan my FESBUK n BELOG totally closed for two weeks...
tapi still bergantung kepada syarat-syarat dan pindaan..he3..=)

CHOW

CHIN

CHAW

minum cincau jangan luper ajak yerk..!