Wednesday, December 29, 2010

♥ aku tak sempurna ♥

Kita semua tak sempurna, dan mungkin itulah yang terbaik untuk mendefinisikan diri aku sendiri. Di penghujung tahun 2010 ini, masing-masing sibuk mencipta azam baru. itu dan ini diletakkan dalam senarai. Seboleh-boleh mahu dicapai dalam tempoh 365 hari itu. Berbaki 2 hari lagi menghampiri ke tahun 2011, seperti tahun-tahun sebelumnya aku tidak mempunyai azam.

Bukan tidak mahu menganyam mimpi, cuma aku seakan masih trauma dengan semalam...kalau hari ini masih boleh aku putarkan, mahu sahaja aku kembali ke 23 tahun dulu, saat aku lahir dan bersih seperti sehelai kain putih tanpa calit, tanpa habuk mahupun debu. Tapi itu semua cuma angan-angan tin kosong..apa yang tercalit, apa yang tergores tidak mampu untuk aku  hilangkan...

Tentang harapan, impian dan cita itu biarlah masa yang menentukan...
Segalanya di 2010 aku terima dengan hati yang redha..
dan apa yang akan datang 2011 nanti..
moga memberi sinar harapan untukku dan semuanya...

selamat datang 2011 dan selamat tinggal 2010...=)

1 kata-kata chenta:

Unknown said...

tabahkan apa jua yg mendatang