Showing posts with label putus cinta. Show all posts
Showing posts with label putus cinta. Show all posts

Monday, January 24, 2011

♥ Jangan kau rasa teruk bila putus cinta ♥

Sedihkan bila orang yang kita sayang meninggalkan kita?

Hari ini aku nak berkongsi kisah seorang teman. Mungkin kisah ini biasa bagi korang, kisah cinta yang tidak berakhir ke jinjang pelamin tapi putus dipertengahan jalan. Siapa yang mampu melawan takdir?Jauh sekali untuk menduga datangnya hari esok.Lima tahun dulu, teman ini menyulam cinta dengan seorang jejaka, dari diploma membawa ke ijazah dan sehinggalah ke alam pekerjaan. Siapa tahu panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Sebulan dulu khabar yang kuterima amat mengembirakan, kerana pasangan merpati sejoli ini akan disatukan tidak lama lagi. Tapi semalam khabar duka pula yang aku terima.

Semalam hampir seharian aku berbual dengannya, aku tahu sedaya boleh dia mahu mengawal air matanya dari tumpah. Kecewa mana yang dapat ditahan jika hubungan 5 tahun itu musnah dengan kehadiran insan ketiga?Aku faham perasaannya kerana bukan mudah untuk melupakan dan jauh sekali mahu meninggalkan, aku pernah mengalaminya dulu. Tapi aku cuma mengharapkan dia tabah,  itu dugaan, kerana Tuhan sayang kamu, untuk menguji sejauh mana cinta kamu padaNya.

Dan untuk orang ketiga itu, mungkin hari ini kau memiliki hatinya, mengatakan kaulah yang paling bahagia didunia. Tapi andainya kau bahagia hari ini tidak perlulah terlalu menunjuk bahagia kamu pada dunia.. kerana kamu harus ingat satu perkara..."Tuhan itu selalu bayar cash", dan jika cinta itu memerlukan kamu untuk melukai, cukuplah sekali kamu lukai hatinya, tapi jangan sekali kamu remukkan terus hatinya..

when you said that we would be together forever
i though that meant until we died 
but i guess forever isn't as long as it used to be..
is it....?


cinta itu tidak pernah buta..
tapi manusia yang selalu buta kerana cinta...
>,<