Setiap orang mesti ada impian tak terkecuali dengan diri aku sendiri. Masa sekolah rendah, aku pernah simpan cita-cita nak jadi doktor, lepas pmr cita-cita aku masih sama sebab tu aku pilih aliran sains waktu tingkatan 4. Then lepas SPM, result tak berapa okeh. Time tu aku rasa dah malas nak fikir pasal cita-cita sangat. Bila ayah aku suruh apply jadi cikgu kat maktab, aku pergi jer interview, walaupun akhirnya aku kena reject. Paling kesian kat ayah aku, sebab nak jadi cikgu tu cita-cita dia sejak dulu, cuma faktor kewangan dan adik-adik ayah yang masih kecil, buat ayah aku give up jer cita-cita dia. Dan harap-harapnya aku lah penyambung warisan tu, even aku gagal jugak..aku tahu ayah kecewa, tapi entah hati batu macam aku nie tak pernah nak fikir perasaan orang lain.
Lepas kena reject jadi cikgu, aku masuk form 6, dapat aliran sains, aku tolak, sebab masa tu hati memang dah tawar sangat. Tapi akhirnya aku masuk jugak form 6, tapi itupun aliran sastera. Acuh tak acuh sangat pun masa tu. Masa dekat form 6 tu jugaklah aku dapat tawaran uitm dan politeknik. Tapi dua-dua tawaran tu aku tolak, bukan sebab tak nak, tapi ayah aku tak bagi. Katanya masuh form 6 lagi boleh pergi jauh. Aku ingat lagi sehari suntuk aku mengurung diri dalam bilik, nanges sampai bengkak-bengkak mata, dengan harapan ayah aku izinkan aku pergi uitm, tapi merajuk aku tu memang tak berkesan. Akhirnya ke form 6 jugak aku.
Dua tahun dekat situ, mengajar aku berjiwa lagi kental. Kecewa punya pasal, aku belajar sungguh-sungguh. Setiap kali ujian atau exam, aku pastikan No.1 tu milik aku. Aku tahu ayah gembira, tapi sekalipun aku tak pernah dengar dia puji aku. Mungkin ayah puji dalam hati kot, tapi aku jer yang tak pernah sedar.Tapi Alhamdulillah, aku antara best student stpm, 4 prinsipal A. kembang kempis bangga lubang hidung aku time tu..
Waktu nak masuk u lepas stpm, aku sekali lagi apply untuk jadi cikgu. Aku fikir nak sambung cita-cita ayah aku yang terbengkalai dulu. Nak jadi anak yang membanggakan lah konon-kononnya. Tapi juta-juta lemon sayang. Aku gagal lagi..!!! Semua universiti pendidikan reject aku, walaupun aku rasa time interview tu, aku dah buat paling bagus sangat...mungkin tak ada rezeki agaknya.
Dan sekarang nie, sedar tak sedar, aku dah terjun dalam bidang perundangan..suatu yang aku tak pernah impikan, bercita-cita lagilah tak pernah. Aku tahu ayah gembira, tapi gembira mungkin lebih kalau aku jadi seorang cikgu. InsyaAllah ini semester yang terakhir, aku semakin dekat dengan bidang perundangan. Tapi dalam hati aku, masih berbekas dengan impian ayah, kalau boleh aku nak tunaikan impian tu. Walaupun mungki terlambat, tapi peluang itu masih tetap ada dan sentiasa ada.
berapa jauh impian itu, anak tangga itu pasti ada untuk mendakinya
Itu kisah cita-cita aku. Walaupun cita-cita itu bukan impian aku, tapi setidak-tidaknya, senyuman dua batang gigi yang tinggal itu, sudah pastinya membuat hatiku berbunga riang. Ayah, terima kasih untuk cita-cita itu..♥
♥ quote: ♥
promise are like snowballs
easy to make
but hard to keep
